Selasa, Februari 21, 2017

Heh! Nampak sangat permainan dan percaturan Politik puak - puak Pakatan Haprak ni memang mencerminkan sifat tidak bertanggungjawab mereka terhadap amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Buat penat je rakyat di Parlimen Tumpat mengundi ahli Parlimen yang dulunya PAS dan sekarang dah melompat masuk ke parti PKR hanya semata - mata tidak sealiran dengan kepimpinan parti itu.

Kalau dulu, nama Kamaruddin Jaafar ni memang agak sinonim dengan PAS. Tapi sejak parti itu mula mengambil tindakan untuk meninggalkan Pakatan, maka dia pun mula melompat.

Tapi yang herannya, apa kejadah pulak Ahli Parlimen Tumpat ni buat di Bandar Tun Razak? Persoalan itu timbul apabila dia mengadakan sambutan Tahun Baru Cina dikawasan tersebut?

Hakikatnya, secara umum semua mengetahui bahawa PKR sedang merencana agenda untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Si Ahli Parlimen Tumpat ini sebagai calon dalam PRU yang akan datang.

Sebelum ini, PKR telah mengambil tindakan drastik dengan menggugurkan keahlian bekas Menteri Besar Selangor tu selepas perlaksanaan agenda Langkah Kajang yang direncanakan oleh Rafizi.

Namun persoalan yang dibangkitkan, bagaimana pula dengan nasib pengundi dikawasan Parlimen Tumpat yang telah memberikan kepercayaan kepada Si Kamaruddin Jaafar itu sebelum ini?
"Apakah Ahli Parlimen Tumpat yang kini telah melompat masuk PKR ada menganjurkan program Sambutan Tahun Baru Cina untuk rakyat di kawasannya sendiri iaitu Tumpat?
"Jika tiada, bermakna 46,151 pengundi yang memberi undi kepada Kamaruddin Jaafar diperbodohkan hidup-hidup dalam PRU13." jelas Yuseri Yusoff dilaman Facebooknya.
Pokok pangkalnya, tindakan PKR melantik Si Ahli Parlimen Tumpat itu sebagai Penyelaras Parlimen Bandar Tun Razak membuktikan bahawa parti itu sudah terlalu terdesak dan ketandusan pemimpin dikawasan Selangor dan juga Wilayah Persekutuan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping