Jumaat, Mac 24, 2017

Heh! Nampak gayanya masih ada dikalangan pemimpin PAS tu yang tidak mahu mengeruhkan keadaan walaupun salah seorang dari mereka dihina secara terbuka oleh Menteri Besar Selangor tu.

Biarpun sebelum ini kita kata, penghinaan yang dilakukan oleh Si Azmin tu bukan sesuatu yang baru, tetapi masih ada lagi pemimpin PAS yang cuba bersikap optimistik terhadap penghinaan tersebut.


Semalam, salah seorang pemimpin PAS menyifatkan status yang dimuat naik melalui laman twitter Azmin mengenai “tok lebai” cuba menawan Selangor sebagai gurauan tetapi tidak  kena tempat.
“Saya ingat itu satu gurauan saja tetapi benda sensitif akan ada reaksi sehingga ada gurauan yang lain,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor.
“Bila isu tengah panas, kalau bergurau dalam suasana itu, orang lain ‘terbakar’ juga dengan dia,” katanya ketika ditemui FMT selepas forum anjuran media rasmi PAS di kedai buku Bazar Harakah hari ini.
Kelmarin, Azmin di Twitter menyentuh mengenai “Tok Lebai” yang berhasrat menawan Selangor, dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh baru-baru ini.

Nik Abduh mengesahkan PAS mahu menawan Selangor pada PRU ke-14 selepas video yang memaparkan Presidennya, Hadi Awang menyasarkan negeri itu sebagai salah satu daripada 5 negeri yang mereka mahu tular di media sosial.

Dalam masa yang sama, Nik Abduh baru - baru ini tewas dalam pemilihan jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa, terpaksa berpuas hati dengan 37 undi berbanding lawannya, Izani Husin yang meraih 207 undi.

Namun, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin itu telah dibidas oleh pengikut - pengikut tegar PAS yang menganggap penghinaan dari Menteri Besar Selangor itu sesuatu yang tidak wajar.

Malah, Si Azmin tu juga turut dianggap 'Lupa Diri' kerana sebelum ini, PAS merupakan penyokong utama kepada dia untuk membolehkan dia merampas jawatan Menteri Besar Selangor.

Maka, untuk menganggap Si Menteri Besar Selangor tu hanya sekadar cuba 'Bergurau' adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali. Nampak sangat masih ada segelintir pemimpin PAS yang terhegeh - hegeh menagih sokongan dari orang yang Lupa Diri ni!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping