Khamis, Mac 23, 2017

Alamak ai!!! Apa yang nak diherankan sangat bila Si Menteri Besar Selangor tu mula berubah menjadi seorang yang Sombong dan Angkuh? Malah kebiadapan dia juga memang boleh dijangka.

Orang dah dapat kuasa beb. Memang mudah dia lupa diri dan mengkhianati mereka yang pernah membantu dia pada suatu ketika dahulu untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor tu.

Bahkan, pada ketika itu juga dia pernah dituduh menjadi punca perpecahan didalam Pakatan. Namun, perkara itu sering dinafikan walaupun ianya hakikat yang tidak dapat ditolak.

Realitinya, Si Azmin ni bukan baru sekarang dia pandai menikam belakang orang bila dia dah ada kuasa. Benda tu dah lama dia pandai buat. Cuma baru sekarang je orang perasan sifat buruk dia.

Jika sebelum ini, selepas Pilihan Raya Umum yang lalu, dia pernah menyindir keluarga Si Ketua Penipu tu yang didakwa masih mengamalkan Politik Nepotisme dan Kronisme dalam PKR.

Tapi masa tu, takde orang pun ambik peduli. Malah bila dia menjadi 'Batu Penghalang' kepada perlaksanaan agenda Langkah Kajang pun, orang tak salahkan dia. Sebaliknya, PAS juga yang kena.

Penyudahnya, bila puak Pakatan Haprak tu desak dia gugurkan wakil PAS dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pun, takde orang pun yang mempersoalkan keengganan dia.

Sebaliknya, PAS juga yang kena lanyak dengan DAPigs dan PAN yang didakwa kononnya parti itu memberi tekanan sehingga menyebabkan Si Menteri Besar Selangor tu mengambil tindakan sedemikian.

Sekarang, bila PPBM yang dipimpin oleh Tun Mahathir muncul, baru la kita nampak kecenderungan Si Menteri Besar Selangor tu berubah. Baru kita nampak dia mula menjauhkan diri dari PAS.

Sebab apa? Sebab dia dah ada 'Tongkat Baru' yang lebih ampuh untuk membantu dia kekal berkuasa didalam Rejim Pakatan Selangor. Jadi, buat apa dia nak ambik peduli dengan PAS lagi?

Bayangkan. Kalau dengan orang yang pernah bantu dia naik dan membuatkan dia mampu menjejak kaki ke pejabat SUK Selangor tu pun dia boleh khianati, apatah lagi dengan orang lain.

Sedangkan Khalid Ibrahim pun dia boleh lanyak. Saifuddin Nasution pun dia boleh kerat. Keluarga Si Ketua Penipu tu pun dia boleh pijak. Inikan pulak dengan PAS. Lagi mudah la bagi dia.

Dah memang itu sifat semulajadi pemimpin puak Pakatan Haprak tu,. Masa dia perlu je dia jaga kita. Masa dia dah dapat duduk atas kerusi empuk, peduli pun tidak ke nasib kita dibawah ni.

Kalau setakat PAS Pandan keluar ugutan nak putuskan hubungan dengan PKR sekali pun, Si Menteri Besar Selangor tu dah tak ambik peduli. PAS Selangor je yang masih terhegeh - hegeh menagih sokongan dari orang yang mudah lupa diri macam Si Azmin tu!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Pru akan datang belum tentu Azmin boleh menang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping