Rabu, Mac 22, 2017

Hehehe!!! Aduhai!!! Memang kelakar betul Si Guan Eng ni. Tak dan sehari selepas dia cuba memberi peringatan kepada PAS mengenai hukum dosa menabur fitnah, dah dia pulak buat benda yang sama.

Ingatkan betul la Si Guan Eng ni dah berubah menjadi seorang yang 'Alim' bila dia didakwa terlibat dengan dua kes rasuah melibatkan pembelian rumah banglow mewah 'Terlajak Murah'.

Ingatkan Si Guan Eng tu dah berubah jadi Khalifah Umar Abdul Aziz seperti mana yang didakwa oleh Si Mat Sabu tu sebelum ini. Tapi rupanya, itu semua hanya indah khabar dari rupa je.

Si Guan Eng tu bukan sahaja dua kali lima suka menabur fitnah. Tapi dia lagi teruk dari itu. Lagak Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu hanya sama seperti ibu ketam yang cuba nak mengajar anak berjalan lurus.

Atau dalam erti kata mudahnya, gelagat Si Guan Eng tu boleh diibaratkan sama seperti seorang pemimpin yang MUNAFIK. Semalam pandai dia bercakap bab dosa pahala, hari ni, benda yang sama juga dia buat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Guan Eng tu sekali lagi menuduh PAS cuba nak bersekongkol dengan UMNO hanya semata - mata parti itu nak putuskan hubungan dengan PKR.

Menurut tuduhan Guan Eng, tindakan PAS kini lebih condong ke arah ingin bekerjasama dengan UMNO selepas parti itu mengumumkan putus hubungan dengan PKR di Pulau Pinang.
"Apabila mereka ingin bekerjasama dengan Umno dan BN, mereka perlu memutuskan hubungan dengan PKR. Mereka juga dilihat sedang membuat persediaan asas apabila  mengumumkan keputusan itu baru-baru ini.
"Bagaimanapun, apa yang kita boleh jangka, mereka (Pas) akhirnya akan bekerjasama dengan Umno dan BN selepas mula memutuskan hubungan dengan DAP dahulu," katanya kepada media, hari ini.
"Walau apa juga keputusan mereka, mereka perlu menyatakannya dengan jelas pendirian mereka itu. Ini bagi mengelakkan kehilangan pengundi kerana mereka akan keliru dengan pendirian Pakatan Harapan," katanya.
Jelas, tuduhan yang dibuat oleh Si Guan Eng tu hanya sekadar andai dia semata - mata kerana sebelum ini, PAS kerap kali menafikan dakwaan yang cuba disebarkan oleh pemimpin DAPigs itu.

Malah PAS berkali - kali menyatakan bahawa UMNO masih lagi merupakan musuh utama mereka dalam Politik. Tidak seperti mana yang didakwa oleh puak - puak DAPigs dan PAN selama hari ini.

Pokok pangkalnya, tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin DAPigs itu hanya merupakan satu bentuk fitnah yang berniat untuk memburukkan imej dan maruah PAS dikhalayak ramai. Mungkin Si Guan Eng tu sendiri perlu belajar apa hukumnya menabur fitnah ni!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping