Ahad, Mac 12, 2017

Ketika aktres popular ini dilihat sedang menyulam bahagia dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal kepada sepasang anak, tiba - tiba Fasha Sandha meluahkan isi yang terpendam.

Melalui perkongsian Fasha di laman sosial Instagram miliknya, Fasha, 32, mendedahkan dia mendapat seribu panggilan telefon tidak berjawab, selain mesej dan rakaman suara yang dikatakan ‘mengganggu’ kehidupan peribadinya.

Walaupun pelakon itu tidak pernah mendedahkan nama individu yang berkenaan, namun luahan itu seolah - olah ditujukan kepada mereka yang pernah rapat dengan dirinya sebelum ini.

“Tetapi mungkin malam ini (semalam), saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya. Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga.
“Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia supaya saya tidak bersama dengan dia. Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan ‘hasutan’ orang yang lama.
“Apa pun, (dengan) takdir Allah kami bersama. Masa telah berlalu, ia tidak berkekalan di atas ‘sebab-sebab tertentu’. Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya,” tulis Fasha.
Tidak habis dengan pendedahan itu saja, nampaknya perkara tersebut mungkin akan berlanjutan apabila Fasha menyatakan bahawa dia akan membuka satu persatu kisah yang tidak diketahui orang ramai, hari demi hari.

Tidak tahan dengan privasinya yang diganggu itu juga, bagai ada bayangan bahawa pelakon itu akan membawa perkara ini ke muka pengadilan dengan pelbagai bukti lain lagi, kata Fasha memberi amaran.
Categories:

3 ulasan:

  1. Kau kata kau cuba lari...Fasha bertepuk sebelah tgn xkan berbunyi...sebenarnya dunia ni berputar..kau kacau rumah tangga org..akhirnya rumah tangga kau yg musnah...

    BalasPadam
  2. Ish..fasha ke tu. Mcm tu ke islam. Mana ulama pas ni. X tegoq ka pakaian mencolok mata lg tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping