Ketika aktres popular ini dilihat sedang menyulam bahagia dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal kepada sepasang anak, tiba - tiba Fasha Sandha meluahkan isi yang terpendam.
Melalui perkongsian Fasha di laman sosial Instagram miliknya, Fasha, 32, mendedahkan dia mendapat seribu panggilan telefon tidak berjawab, selain mesej dan rakaman suara yang dikatakan ‘mengganggu’ kehidupan peribadinya.
Walaupun pelakon itu tidak pernah mendedahkan nama individu yang berkenaan, namun luahan itu seolah - olah ditujukan kepada mereka yang pernah rapat dengan dirinya sebelum ini.
“Tetapi mungkin malam ini (semalam), saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya. Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga.
“Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia supaya saya tidak bersama dengan dia. Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan ‘hasutan’ orang yang lama.
“Apa pun, (dengan) takdir Allah kami bersama. Masa telah berlalu, ia tidak berkekalan di atas ‘sebab-sebab tertentu’. Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya,” tulis Fasha.
Tidak habis dengan pendedahan itu saja, nampaknya perkara tersebut mungkin akan berlanjutan apabila Fasha menyatakan bahawa dia akan membuka satu persatu kisah yang tidak diketahui orang ramai, hari demi hari.
Tidak tahan dengan privasinya yang diganggu itu juga, bagai ada bayangan bahawa pelakon itu akan membawa perkara ini ke muka pengadilan dengan pelbagai bukti lain lagi, kata Fasha memberi amaran.
Kau kata kau cuba lari...Fasha bertepuk sebelah tgn xkan berbunyi...sebenarnya dunia ni berputar..kau kacau rumah tangga org..akhirnya rumah tangga kau yg musnah...
BalasPadamWoh janda begetah.
BalasPadamIsh..fasha ke tu. Mcm tu ke islam. Mana ulama pas ni. X tegoq ka pakaian mencolok mata lg tu.
BalasPadam