Rabu, Mac 01, 2017

Hebat! Tahniah diucapkan buat anak - anak muda dari Majlis Belia Felda Malaysia Cawangan Keratong 5 ni. Kehebatan mereka mampu membuatkan YAB Menteri Besar Pahang rasa teruja.

Mana tidaknya. Sekumpulan anak muda dari Felda Keratong 5 ni berjaya membuktikan bahawa mereka mampu mencapai sesuatu kejayaan tanpa menagih sebarang bantuan dari orang luar.

Cukup sekadar mereka yakin dengan sifat setiakawan serta istiqomah dikalangan mereka sendiri membuatkan mereka berjaya menarik perhatian pelbagai pihak, malah Kerajaan Negeri Pahang sendiri.

Tidak seperti mana golongan belia yang lain, anak - anak muda dari MBFM Keratong 5 ni berusaha untuk mendapatkan tanah dan rumah bagi Generasi Ke-2 Felda dengan cara mereka yang tersendiri.

Menurut laporan yang diterima, seramai 125 orang anak muda dari MBFM Keratong 5 ini bergabung tenaga dan mengumpul modal untuk meneroka tapak perumahan dikawasan mereka.
Sebahagian daripada 125 Anak Muda MBFM Keratong 5 bergambar kenangan bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob dan Pengerusi Felda Malaysia, Tan Sri Shahir Samad.

Turut hadir sama ialah Exco Felda Pahang, Dato' Abu Bakar Husin, Ahli Parlimen Rompin, Dato' Sri Hasan Ariffin, ADUN Bukit Ibam, Dato' Wan Kadri Wan Mahusin, ADUN Muadzam, Dato' Sri Maznah Mazlan, ADUN Tioman, Dato' Johari Hussin dan Pegawai Daerah Rompin.
Hasil kutipan secara istiqomah dengan mengumpul sebanyak RM 100 setiap seorang bagi membolehkan mereka mengupah Juru Ukur Profesional, menjalankan kerja - kerja tapak dan sebagainya.

Melihat hasil usaha keras, semangat setiakawan serta kerjasama yang cukup padu yang dipamerkan oleh kumpulan anak muda MBFM Keratong 5 itu membuatkan YAB Menteri Besar Pahang teruja.

Sehubungan dengan itu, kata Menteri Besar Pahang, pihak Kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya bagi membantu merealisasikan hasrat 125 orang anak muda itu untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Apa yang pasti, kumpulan anak muda dari MBFM Keratong 5 ini membuktikan bahawa mereka mampu hidup berdikari dan tidak hanya bergantung kepada subsidi Kerajaan semata - mata. Bukan macam orang lain yang hanya setakat tau menyalak tak tentu arah, tapi bila suruh buat kerja pun MALAS!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping