Ahad, Mac 19, 2017

Ini bukan kali pertama kita dengar PAS di Permatang Pauh nak putuskan hubungan dengan PKR. Tapi masuk kali ni, dah banyak kali benda yang sama diulang - ulang oleh pemimpin PAS dikawasan tersebut.

Kali ini, PAS Permatang Pauh hari ini dalam mesyuarat agung tahunan mereka sepakat untuk membawa usul bagi memutuskan hubungan dengan PKR pada Muktamar parti April depan.

Yang dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan mendakwa, parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah itu cuba menjejaskan kedudukan PAS dalam kalangan pengundi Melayu-Islam di sana menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau juga mendakwa PKR tidak menghormati PAS sebagai rakan kerjasama kerana mereka mengekalkan kerjasama dengan DAP dan Amanah untuk menyerang mereka.
“PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli PAS untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan PAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, lebih memudaratkan apabila ahli PAS mengadu PKR meminta mereka keluar parti bagi tujuan memegang jawatan tertentu dalam kerajaan negeri Pakatan Harapan.
“Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setiakawan dan boleh menjejaskan PAS,” katanya.
Parlimen Permatang Pauh menjadi kubu kuat keluarga Si Ketua Penipu tu selepas dimenangi oleh Si Ketua Penipu tu dan isterinya yang juga presiden PKR, Wan Azizah sejak 1982. 

Wan Azizah menduduki kerusi itu ketika suaminya dipenjarakan selepas disabitkan kesalahan liwat dan tidak boleh memegang jawatan ahli Parlimen. Wan Azizah kembali ke kerusi itu pada Mei 2015, selepas Anwar mengosongkan ia susulan hukuman penjara terbaharu.

Pada 10 Disember tahun lepas, anak mereka Nurul Izzah, yang juga naib presiden parti, menyeru pimpinan PAS tempatan untuk menimbang semula hasrat bertanding kerusi itu pada PRU-14.

Beliau berkata mereka sepatutnya tumpu melawan BN dan bukannya mempertikaikan pengagihan kerusi dalam kalangan pembangkang serta menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Omar juga turut menuduh kepimpinan PKR yang GAGAL mempertahankan Islam di Pulau Pinang dan mendakwa parti itu menurut kehendak DAPigs yang mencampuri urusan penfatwaan.
“Terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan/ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui exco agama,” katanya.
Pada 31 Januari, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof mendakwa kerajaan negeri mengarahkan semua fatwa melalui majlis mesyuarat kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum ia diluluskan sebagai undang-undang.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping