Ahad, Mac 05, 2017

Ini bukan isu kecil dan bukan cerita baru. Sudah lama semua orang tunggu nak dengar Pakatan Haprak dan rakan terbarunya PPBM tampil sepakat mengisytiharkan siapa bakal Perdana Menteri mereka.

Ada yang kata Si Ketua Penipu yang kini sedang meringkuk dalam penjara lima tahun kerana bersalah meliwat. Malah nama isteri dia, Wan Azizah selaku Presiden PKR juga pernah naik.

Jangan lupa nama Menteri Besar Selangor, Si Azmin Ali tu juga dijaja. Di pihak PPBM nama Muhyiddin Yassin pernah dijolok oleh Tun Mahathir yang kini nampak macam dah jadi Ketua De Facto pembangkang.

Tapi persoalannya, nak ke bekas Perdana Menteri itu terima Si Ketua Penipu yang dipecat sebelum ini menjad jadi Perdana Menteri sedangkan dia sedia maklum ‘perangai’ bekas timbalannya itu?

Sekalipun mereka sudah dua kali bersua muka semasa kes mahkamah Si Ketua Penipu tu sebelum ini, belum tentu Tun Mahathir sedia untuk menerima dia sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Dalam bab jawatan Timbalan Perdana Menteri ramai yang menduga ia pasti tidak lain tidak bukan dari kalangan DAPigs yang kini ada kerusi terbanyak didalam pembangkang dan dijangka kekal pada PRU14 nanti.

Bukan setakat siapa Perdana Menteri, Pakatan pembangkang tu juga setakat ini belum lagi sepakat bab ‘Satu Logo’ yakni lambang bersama macam lambang BN untuk hadapi pilihanraya.

Cerita satu lambang ini hanya digembar gembur oleh Dr Mahathir yang kata ia perlu untuk berdepan BN. Namun pimpinan pembangkang lain masih beri reaksi. Masing-masing masih bermain dalam semak.

Namun melihatkan senario dalam pembangkang ini membuatkan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada hari Sabtu menyifatkan mereka seperti ‘Pakatan AliBaba’.

Ketika merasmikan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, di Sindumin dekat Sipiting beliau memberi gelaran itu kerana pembangkang masih tidak mambuat keputusan untuk memilih bakal Perdana Menteri.

Beliau juga menyifatkan pembangkang ni pelik kerana mereka hanya bersetuju untuk memilih siapa bakal Timbalan Perdana Menteri yang akan menentukan bakal Perdana Menteri.
"Yang paling peliknya Timbalan Perdana Menteri yang akan memilih siapa yang akan jadi perdana menteri. Ini adalah ali baba, pembangkang adalah 'ali baba'," katanya.
"Siapa yang akan jadi Perdana Menteri mereka belum tentukan. Siapa yang mahu jadi perdana menteri? (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail), Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah Perdana Menteri juga turut menyifatkan pembangkang sebagai hanya sekadar 'membuyuk' atau Pembohong kerana setakat berani menabur janji manis kepada rakyat tetapi tidak ditepati.

Pokok pangkalnya, kalau ditanya siapa nak jadi Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak ni, termasuk PPBM sekali pun, sudah pasti ramai yang angkat tangan sebab masing - masing jelas hanya sekadar GILA KUASA belaka!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping