Rabu, Mac 01, 2017

Nampak gayanya, dunia penulisan di alam maya sekarang ni berada dalam keadaan yang semakin meruncing. Sebaran fitnah semakin berleluasa bila wujudnya mereka yang tidak bertanggung jawab.

Keadaan itu membuatkan dunia blogger hari ini semakin berbahaya dan mempunyai risiko yang cukup tinggi. Silap buat laporan, pasti akan ada tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Semalam, pihak Polis DiRaja Malaysia menahan seorang blogger kerana dikatakan meneybarkan kenyataan berunsur fitnah dan hasutan terhadap kepimpinan negara menerusi laman blog.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki bergelar datuk berumur 64 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, di sini.
"Polis Johor telah menerima satu laporan polis berkenaan kenyataan berunsur fitnah dan hasutan terhadap kepimpinan (negara) menerusi laman blog pada 3.06 petang Selasa.
"Kenyataan tersebut boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Wan Ahmad Najmuddin juga berkata lelaki tersebut kini sedang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 ekoran tindakan yang telah dibuat blogger tersebut.

Polis Johor menasihati orang ramai supaya tidak membuat dan menyebarkan apa-apa kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam melalui mana-mana aplikasi komputer.

Orang ramai juga dinasihati agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana kenyataan dan tidak membuat andaian salah terhadap perkembangan isu semasa dalam negara tanpa merujuk kepada sumber yang sah.

Pokok pangkalnya, nak jadi blogger ni bukan mudah. Sumber yang disebarkan perlu bertanggungjawab. Setiap penulisan perlu dibuat dengan teliti. Jangan main belasah ikut suka hati je. Silap hari bulan, ada jugak yang kena kutip tengah malam dibuatnya!!!
Categories:

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping