Jumaat, Mac 03, 2017

Permohonan Guan Eng untuk mengetepikan kebenaran yang diperolehi bagi memulakan prosiding terhadap Ketua Menteri DAPigs itu berhubung kenyataan berkaitan kes rasuah yang dihadapinya, akan didengar 14 Julai depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan peguam Gobind Singh Deo bertindak bagi pihak Lim.

Gobind ketika ditemui pemberita berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan berkenaan tetapi ditangguhkan kerana mereka memerlukan masa untuk menukar dan meneliti afidavit berkaitan permohonan itu.

Peguam negara memfailkan saman pemula sebelah pihak pada 18 Ogos 2016, memohon kebenaran untuk perintah komital terhadap Lim supaya dikomitkan ke penjara kerana menghina mahkamah.

Tindakan itu perlu selepas Guan Eng mengeluarkan kenyataan di media cetak atau media sosial yang menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah.

Antara alasan permohonan itu ialah bagi memastikan sebarang perbuatan bersifat menghina mahkamah dan hakim-hakimnya serta pentadbiran keadilan tidak seharusnya dibiarkan bebas berlaku begitu sahaja.

Selain itu, Peguam Negara berkata pemeliharaan dan kepercayaan orang awam terhadap sistem keadilan harus dipertahankan, lebih - lebih lagi dalam kes berkenaan yang berada dalam proses tindakan di mahkamah.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat oleh Lim semasa sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang yang menyatakan pertuduhan terhadapnya adalah konspirasi dan bahawa dia akan dipenjarakan.

Jika dibaca secara keseluruhan kenyataan yang dibuat membawa maksud mahkamah turut terlibat dalam konspirasi yang didakwa akan memenjarakannya atas ‘tuduhan rasuah yang direka-reka.’

Pada 21 September 2016, pihak mahkamah telah memberikan kebenaran kepada permohonan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Ketua Menteri DAPigs itu.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping