Rabu, Mac 22, 2017

PAS akan mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR pada sidang Muktamar parti April ini.

Menurut Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, tindakan itu diambil susulan PAS menerima tiga usul daripada ahli Kawasan Bayan Baru dan Permatang Pauh selain Pemuda PAS Kawasan Tumpat yang mendesak untuk parti berbuat demikian.
"Hingga kini ada beberapa usul dari Kawasan dan Pemuda Kawasan dan parti akan mengkaji usul itu... kita akan mengkaji sejauh mana rakan tahaluf menghormati parti dan tidak merugikan parti. 
"Beberapa tindakan pimpinan PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu dan ucapan mereka di pentas politik yang menyerang PAS dilihat punca adanya usul berkenaan, " katanya yang dipetik BH. 
Muktamar PAS Pusat selama tiga hari bermula 29 April depan yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Kedah.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, tindakan itu juga mengambil kira kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH).

Mesyuarat Majlis Presiden PH semalam bersetuju mewujudkan logo baru dan manifesto bersama bagi melambangkan gabungan empat parti itu dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Keputusan itu dibuat selepas PH diterajui PKR, DAP dan Parti Amanah Negara bersetuju menerima keanggotaan baharu daripada PPBM.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping