Rabu, Mac 01, 2017

Heh! Inilah nilai kesepakatan yang telah dimeterai dalam perjanjian yang ditandatangani oleh puak Pakatan Haprak tu dengan PPBM. Nampak sangat perjanjian itu hanya layak di-BAKUL-SAMPAH-kan.

Jika sebelum ini, Presiden PPBM sendiri pernah tampil mempertikaikan perjanjian yang telah ditandatangani dan mendakwa tidak wujud permuafakatan sekiranya mereka tidak diberikan kerusi untuk bertanding.

Walaubagaimana pun, kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin telah dibidas oleh pemimpin dikalangan puak Pakatan yang melabelkan Presiden PPBM itu sebagai seorang yang Sombong.
Namun, dari tindakan yang dilakukan oleh Pakatan semalam membuktikan bahawa gabungan parti pembangkang itu awal - awal lagi dah meminggirkan PPBM secara terang - terangan.

Alasan yang diberikan oleh Pakatan, isu berkaitan dengan pengagihan kerusi itu perlu diteruskan walaupun PPBM tidak menghantar wakil kerana parti itu masih memerlukan masa.

Malah, Saifuddin yang mewakili Pakatan Haprak tu juga turut berkata, tindakan PPBM yang meminta tempoh masa itu adalah perkara biasa memandangkan parti itu baru sahaja ditubuhkan.
"Saya difahamkan 'homework' itu belum selesai. Manakala kami, PKR, DAP dan Amanah, kami telahpun bersedia dengan kerusi-kerusi yang kami sasarkan untuk kami tuntut.
"Saya tidak lihat sebarang masalah untuk Bersatu (PPBM) ikut serta pada mesyuarat kami seterusnya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agihan kerusi di Wisma Amanah selesai, hari ini. 
Tetapi bagi sesetengah pihak, tindakan Pakatan meneruskan rundingan berhubung isu pembahagian kerusi dikalangan gabungan parti pembangkang itu adalah kerana mereka muak dengan PPBM.

Secara umumnya, semua pihak mengetahui bahawa PPBM masih lagi mengharapkan PAS untuk mewujudkan hubungan kerjasama Politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Tindakan PPBM itu jelas merumitkan keadaan apabila PAS tetap enggan berganjak dari pendirian mereka yang tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan dengan pihak yang bekerjasama dengan DAPigs.

Maka secara kesimpulannya, tindakan puak Pakatan mengadakan mesyuarat berhubung isu pembahagian kerusi dikalangan mereka tanpa melibatkan PPBM memberikan gambaran bahawa mereka sudah meminggirkan parti itu secara terbuka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping