Selasa, Mac 14, 2017

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan memfailkan saman terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos selepas menuduhnya menyalahguna dana daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Menyifatkan ia sebagai fitnah, Teresa kesal dakwaan itu tersebar luas di media sosial sehingga memberi persepsi buruk terhadap kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).
"Jamal tuduh pembantu saya keluarkan wang dari mesin wang automatik dari Kajang, Semenyih dan pelbagai tempat. Apa yang Jamal sebut hanya dakwaan palsu dan fitnah terhadap saya. Saya akan jumpa peguam dan ambil tindakan mahkamah, saya hendak failkan saman kepada Jamal atas kesemua fitnah yang dilemparkan," katanya di sidang media di Lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu Jamal menuduh Teresa menyeleweng dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang tujuan penubuhannya adalah untuk menguruskan kebajikan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri, termasuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Sebelum ini Jamal beberapa kali meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Alu menjawab transaksi YAWAS berjumlah RM200 juta yang disalurkan kepada beberapa ahli parlimen.

Jamal sebelum ini juga pernah menyerahkan dokumen yang dikaitkan dengan bukti penyelewengan kepada SPRM Selangor, termasuk surat dari Perbendaharaan Negeri kepada pengurus cawangan Ambank yang memohon membuka akaun bagi SMUE kepada beberapa ahli parlimen di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Teresa turut menafikan sidang media membantah rancangan pembangunan pangsapuri di Seputeh pada Sabtu lalu sebagai mengganggu majlis kahwin yang sedang berlangsung.

Ujarnya kumpulan yang membantah projek pembangunan yang diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu tidak berada di laluan utama menuju ke majlis tersebut, sebaliknya berada berhampiran di bangunan Umno Seputeh.
"Ada juga laporan menuduh saya kacau dan ganggu majlis perkahwinan yang berlangsung di Bangunan Umno Seputeh. Ketika itu kami membantah kawasan yang sepatutnya menjadi pusat komuniti dan kini DBKL meluluskan projek pembinaan apartmen.
"Kami bersama-sama persatuan penduduk menulis surat bantahan, dan DBKL sepatutnya ada sesi pendengaran pada 27 Mac depan. Tetapi apa yang kami tahu, projek ini telah diiklankan dan sudah ada pembeli yang juga membayar deposit," katanya lagi.
Projek itu dikatakan mendapat bantahan penduduk yang telah diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju Era Ecoland Sdn Bhd untuk membangunkan 323 unit rumah mampu milik.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping