Selasa, Mac 14, 2017

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari hari ini, mengelak menjawab desakan supaya beliau membuat laporan polis berhubung penyebaran video seorang lelaki menyerupainya berhibur di sebuah kelab malam, baru-baru ini.

Zairil yang juga Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, sebelum ini menafikan lelaki berkenaan adalah beliau sebaliknya bertindak mengelak soalan yang dikemukakan kumpulan wartawan yang menunggunya di luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Sebaliknya, Si Zairil tu pulak yang mempersoalkan semula kepada kumpulan wartawan video apa yang dimaksudkan yang dianggap seolah - olah cuba nak 'menganjing' pihak media.
"Video mana?" katanya ringkas.
Zairil kemudian bergegas meninggalkan pekarangan mahkamah, ketika kumpulan wartawan cuba untuk mendekatinya selain sempat meminta jurugambar agar tidak saling menolak.

Sebelum itu, Zairil menafikan video lelaki berkaca mata sedang menari sambil berpelukan dengan seorang wanita dalam rakaman berdurasi 15 saat berkenaan adalah dirinya dan menyifatkan ia adalah mengarut.

Kelmarin, Naib Pengerusi GERAKAN negeri, Oh Tong Keong, dipetik sebagai berkata sekiranya individu di dalam video terbabit bukan Zairil, dia perlu membuat laporan polis bagi memastikan perkara itu tidak benar.

Difahamkan, rakaman video itu turut dikongsi laman sosial penyokong Harimau Kumbang yang mempersoalkan perkara itu dalam keadaan prestasi merosot pasukan, malah mereka turut mendesak Zairil yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memberikan penjelasan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping