Selasa, Mac 14, 2017

Memang betul la kata orang, seburuk - buruk orang Malaysia mengutuk Negara sendiri, buruk lagi Negara orang lain kerana ianya merupakan hakikat yang memang tidak dapat dinafikan.

Kalau di Malaysia, puak Pakatan Haprak tu sibuk mendakwa kononnya Kerajaan Barisan Nasional tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kenaikkan kos sara hidup rakyat secara keseluruhan.

Tapi hakikatnya, keadaan tu bukannya hanya berlaku di Malaysia. Sebaliknya seluruh dunia turut terjejas akibat kenaikkan kos sara hidup rakyat ni. Bahkan di Negara Eropah sekali pun.

Berkongsi kisah seorang sahabat yang terkandas dalam perjalanan balik ke Malaysia dari Berlin, Jerman semalam membuktikan bahawa rakyat di Negara itu juga hidup tertekan dengan kenaikkan kos sara hidup.

Sahabat yang terkandas selama 5 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin Tegel itu menjelaskan bahawa berlaku mogok dikalangan pekerja 'Ground Crew' yang lansung tak hadir bekerja.

Katanya, pada hari Jumaat yang lepas, pekerja Ground Crew di lapangan terbang Berlin Tegel itu telah mengadakan sesi mogok mereka sehingga menyebabkan beberapa penerbangan tertunda.

Jelas sahabat itu lagi, pekerja Ground Crew di lapangan terbang itu mengadakan mogok hanya semata - mata kerana mahu mendesak pihak Kerajaan Jerman menaikkan gaji mereka sebanyak 1 Euro!
"Hanya sebab 1 Euro sahaja, seluruh Negara Jerman terpalit dengan kontroversi yang dicetuskan oleh mereka. Secara tidak langsung, keadaan itu menjejaskan imej Negara tersebut dikalangan masyarakat dunia," katanya lagi.
Tambah menyedihkan ialah apabila tidak ada wakil dari syarikat penerbangan hadir untuk memberi penjelasan kepada penumpang mengenai alternatif lain untuk mereka meninggalkan Negara tersebut.

Sahabat itu juga menjelaskan bahawa penumpang penerbangan dari lapangan terbang Berlin Tegel itu turut melibatkan rakyat dari pelbagai Negara yang terlibat dengan pameran Perlancongan Antarabangsa terbesar didunia, ITB Berlin 2017.
"Mereka (pekerja Ground Crew) itu cukup bijak memilih waktu yang sesuai kerana ramai petugas dan pengunjung yang terlibat dengan Pameran Perlancongan Antarabangsa Berlin (ITB Berlin) 2017 yang mahu pulang ke Negara masing - masing. Mogok itu menyebabkan mereka semua terkandas," 
Laporan Reuters menjelaskan, sebanyak 660 penerbangan dari Lapangan Terbang Berlin terpaksa dibatalkan ekoran mogok 1 EURO yang diadakan semalam. Selain Lapangan Terbang Berlin Tegel, pekerja di Lapangan Terbang Berlin Schoenefeld juga turut terlibat dengan mogok tersebut.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping