Rabu, Mac 01, 2017

Ekoran pelbagai kontroversi serta konflik yang berlaku di antara Mahfuz dan PAS, dijangka bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak akan dicalonkan PAS pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Sejak tercetusnya krisis pepecahan dalaman PAS dua tahun yang lalu, ramai pemerhati politik melihat perubahan ketara yang berlaku terhadap pendirian Mahfuz terhadap PAS, khususnya selepas tertubuhnya PAN.

Menurut sumber, Mahfuz difahamkan telah mengambil cuti panjang dari PAS, namun dilihat begitu akrab dan aktif berpolitik bersama PAN, DAP dan PKR yang membentuk gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Tindak tanduk politik Mahfuz semakin mencetus tanda tanya apabila tertubuhnya PPBM yang menyaksikan Ahli Parlimen PAS itu semakin ligat bersama Pakatan dan pemimpin PPBM.

Selain itu, Mahfuz juga turut dilihat sering menghadiri program-program anjuran PAN, PKR, DAP dan PPBM, namun dikatakan tidak menghadirkan diri ke anjuran PAS, termasuk yang diadakan di negeri Kedah.

Lebih menghairankan ramai pihak, Mahfuz juga sanggup menghadirkan diri dalam Himpunan Bersih 5 yang secara terbuka dikuasai oleh DAPigs serta pemimpin PAN dan PPBM.

Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu turut dilapor telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak seiring dengan parti, khususnya pucuk pimpinan tertinggi seperti Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib-Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS.

Malah, boleh dikatakan Mahfuz begitu vokal dan sedia membidas mana-mana pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan mengkritik Pakatan Harapan, khsusunya DAP dan PAN yang kini menjadi musuh utama politik parti Islam itu.

Tidak keluar dari PAS namun bersikap tidak seiring telah menyebabkan kepimpinan PAS menunjukkan jalan keluar kepada Mahfuz untuk meninggalkan parti dan menyertai parti lain.

Manakala yang terbaru, Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim mewakili akar umbi parti di kawasan yang Mahfuz wakili telah bertindak mengecam dan "menghalau" Mahfuz keluar parti dan menyertai parti lain.

Ekoran itu, ramai penganalisis dan pemerhati politik berpandangan bahawa kemungkinan besar Mahfuz tidak akan dipilih PAS sebagai calon parti itu pada PRU ke-14 nanti.

Sekiranya tidak dicalonkan PAS, Mahfuz dijangka akan bertanding atas tiket parti lain pada pilihan raya nanti dan beliau dijangka akan menggunakan hubungan baiknya dengan Pakatan Harapan sama ada bertanding atas tiket PAN atau PPBM. 

Desas-desus mengatakan sekiranya Mahfuz tidak keluar dari parti, maka beliau bukan saja tidak akan dicalonkan PAS, maka berkemungkinan akan dipecat dari parti atas pelbagai tingkah lakunya yang lebih mirip kepada PAN.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. biasa lah berok mesti duduk dkt dahan yang banyak buah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping