Ahad, Mac 05, 2017

Pelakon sensasi, Maria Farida kini berdepan saman sebanyak RM5 juta menerusi tuntutan balasan oleh seorang usahawan kosmetik, Karen Rahman.

Karen, pengasas produk kecantikan KR Beauty Care selaku defendan pertama mengemukakan saman tersebut melalui firma guaman, Messr Farid Aziz & Com di Mahkamah Tinggi di sini pada 16 Februari lalu.

Saman itu dikemukakan sebagai tuntutan balasan selepas Maria sebagai plaintif terlebih dahulu mengemukakan saman malu terhadap Karen dan defendan kedua yang juga anaknya, Nur Shazleen Anis Rahman pada 30 Disember 2016.

Berdasarkan pernyataan tuntutan balas, Karen mendakwa, plaintif telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung hak penjagaan anak yang menuduhnya menyerahkan anak kepada bekas suaminya sebaliknya ia didakwanya keputusan bersama.
Karen juga mendakwa, Maria telah membuat beberapa kenyataan terbuka di media cetak dan massa dengan menuduhnya dirinya tidak membayar wang duta produk selain  dalang yang menyimbah cat di kereta aktres berkenaan.
“Namun hasil siasatan polis menunjukkan tiada kes yang boleh mengaitkan saya dengan tuduhan simbah cat itu. Akibat daripada artikel dan rakaman video plaintif di media telah menyebabkan saya mengalami kerugian teruk dari segi reputasi, kerjaya dan kewangan menerusi perniagaan saya.
“Oleh itu, saya menerusi tuntutan balasa menyaman Maria sebanyak RM5 juta, ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos,” katanya pada sidang media khas di sini semalam.
Selain itu, Karen juga turut menjelaskan bahawa beliau mula mengenali Maria sejak hujung tahun 2012 dan selepas itu mereka bersahabat baik sehingga pernah dibawa keluar Negara bersama.
“Ketika dia susah, saya selalu bertanya khabar dan ajak keluar untuk makan. Malah saya pernah beri wang belanja kepadanya. Sampai pergi bercuti keluar negara saya bawa Maria sekali naik penerbangan kelas perniagaan dan bayar ketika dia membeli-belah.
“Saya sudah anggap dia macam kawan baik dan keluar masuk rumah saya pun ikut tetapi akhirnya dia ‘angkut’ suami saya (ketika itu) sekali keluar rumah,” katanya yang sah bercerai pada denga bekas suami pada 26 Oktober 2015.
Jelas lagi Karen, dalam tempoh sebulan selepas kes perceraiannya dengan bekas suami selesai dimahkamah, aktres itu bernikah dengan Rahman pada 26 November tahun yang sama.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata, aktres tersebut telah menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya ketika itu, Datuk Rahman Shakur pada Julai 2015 sebelum dia dapat ‘menghidu’ perbuatan mereka pada bulan berikutnya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping