Khamis, Mac 02, 2017

Nurul Izzah Anwar diingatkan supaya melihat muka sendiri dicermin terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan kononnya Perdana Menteri telah ‘menyakiti’ hati penduduk Kampung Kerinchi.

Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat Malaysia (PAR), Datuk A. Chandrakumanan berkata demikian membidas kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang didakwanya iri hati dengan usaha yang dibuat kerajaan melalui komitmen Datuk Seri Najib Razak.
“Kenyataan Perdana Menteri tidak menyindir malahan apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar. Jika bukan kerana keangkuhan dan fitnah Ahli Parlimen Lembah Pantai, seramai 34 keluarga itu tidak akan tertinggal daripada manfaat projek perumahaan semula Residence Kerinchi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Chandrakumanan, keseluruhan projek rakyat yang dilakukan kerajaan dilaksanakan dan disiapkan dengan cemerlang berbanding dengan di negeri-negeri milik pembangkang.

Malah Rumah Rakyat yang dicadangkan oleh Rejim Pakatan Selangor dan dan Rejim DAPigs di Pulau Pinang itu sehingga ke hari ini masih belum jadi kenyataan dan hanya ‘bayang-bayang’ sahaja.
“Mereka (pembangkang) hanya tahu cakap besar tetapi tidak akan menterjemahkan dalam bentuk tindakan. Saya masih tidak lupa bagaimana Nurul Izzah telah menghasut rakyat kawasan ini untuk membantah pembinaan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi pada tahun 2012.
“Kekecohan telah tercetus sehingga Nurul Izzah dihalau keluar oleh majoriti penduduk-penduduk dari kawasan itu dan ketika itu Nurul Izzah memburukkan cadangan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik pada ketika itu bahawa pembangunan semula rumah pangsa dikawasan ini tidak akan berjaya.
“Kalau bukan kerana pembohongan ahli parlimen ini kesemua penduduk Kampung Kerinchi mungkin akan memiliki kediaman baharu yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam,” ujar beliau.
Tegasnya lagi, akibat perbezaan politik di negara ini, pembangkang selalu mengelirukan dan menuduh kerajaan dalam apa jua polisi yang dilaksanakan.
“Inilah yang telah berlaku kepada 34 keluarga kawasan ini yang terpedaya dengan kata-kata Nurul Izzah pada tahun 2012. Nurul telah mempergunakan kelemahan rakyat untuk kesempatan politik beliau sebelum pilihanraya umum ke-13 dengan menghasut penduduk kawasan ini dan akhirnya rakyat yang mengalami kerugian.
“Beliau pula masih mendapat manfaat sebagai ahli parlimen kawasan ini, tetapi 34 keluarga kawasan ini telah kehilangan apa yang mereka patut nikmati demi kesejahteraan hidup, jelas beliau lagi.
Apa yang pasti, tindakan yang dilakukan oleh Nurul Izzah tu telah merugikan rakyat dikawasan Parlimennya hanya semata - mata kerana dia mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi dirnya sendiri. Bukannya dia nak menjaga kebajikan rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Betina gila ni jangan dilayan...kurang kasih sayang papa

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping