Selasa, Mac 14, 2017

Heh! Sombong betul puak - puak PAN ni nampak gayanya. Dek kerana nak mempertahankan kemaluan mereka yang terdedah sebelum ini, buat apa pun diorang sanggup.

Jika sebelum ini, PAS tampil membuat ugutan untuk mengambil tindakan undang - undang dan mengheret pemimpin PAN yang lantang mempertikaikan mengenai isu 'Baiah' ke mahkamah.

Namun sehingga ke hari ini, PAS masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan seperti mana yang didakwa. Mungkin dek kerana itu yang membuatkan pemimpin PAN ni menjadi sombong.

Dalam kenyataan yang dibuat baru - baru ini, pemimpin PAN mendakwa bahawa parti itu tidak gentar sekiranya mereka didakwa dan diheret oleh PAS sehingga ke mahkamah sekali pun.

Biro Undang - Undang Parti Amanah Negara (PAN) bersedia untuk menawar khidmat peguam syarie jika isu perjanjian untuk memberi ketaatan (Baiah) dibawa ke mahkamah syariah.

Pengerusi Biro itu sebaliknya berkata, dia cukup seronok kerana percaya jika syariah benar-benar dilaksanakan di mahkamah syariah, banyak kekeliruan berkaitan `baiah’ dapat diselesaikan.
“Saya terbaca laporan di dalam Malaysiakini dan Malaysia Dateline yang menerbitkan berita adanya usul yang cuba dibawa oleh sebuah cawangan Pas di Kelantan yang mahukan kononnya pelanggar baiah Pas dibawa ke Mahkamah Syariah.
“Saya ingin tegaskan bahawa jika pembawa usul itu atau sesiapa juga di belakang usul itu cuba berfikir yang pemimpin Amanah gentar dan bimbang dengan usul itu, mereka tersilap besar.
“Jika usul sebegitu digeruni atau ditakuti, maka sejak awal lagi parti Amanah tidak akan ditubuhkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurutnya, PAN sememangnya mengalu-alukan jika pembawa usul atau Pas bersungguh mahu membawa usul berkenaan ke mahkamah syariah dan berharap agar dapat bertemu mereka di sana.

Katanya, memandangkan isu baiah yang sedang tidur dikejutkan semula secara tiba - tiba maka dia berharap pembawa usul itu dan PAS juga perlu bersedia untuk kes di DUN Sri Damansara juga ke mahkamah syariah.
“Bukankah kerana “smuggle” (seludup) tersebut , ianya berakhir dengan Pas rela memenangkan calon BN (Barisan Nasional) di DUN tersebut?,” ujarnya.
Isu baiah kembali menjadi salah satu topik hangat apabila ada dalam dikalangan pemimpin PAS sebelum ini mengguna - pakai perkataan itu hingga menimbulkan polemik dikalangan rakyat.

Ia menjadi panas selepas dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob bahawa Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli secara automatik telah bercerai talak tiga dengan isterinya.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping