Sabtu, Mac 18, 2017

Huh! Mungkin puak PPBM ni dah muak menunggu PAS yang saban hari sering kali memberikan alasan demi alasan untuk menjalinkan kerjasama Politik membuatkan mereka ambik tindakan seperti ini.

Atau mungkin PPBM merasa diri mereka lebih selesa dan mempunyai masa yang lebih cerah sekiranya mereka menjalinkan kerjasama dengan Pakatan jika mahu dibandingkan dengan PAS.

Maka sebab itu sejak akhir - akhir ini, ramai pemimpin dikalangan puak PPBM tu 'Ghairah' membuat desakan supaya parti itu diterima masuk 'Segera' dan menjadi sekutu dalam Pakatan.

Namun sebelum itu, Naib Presiden itu berkata, tiga tuntutan yang disuarakan Pengerusi PPBM perlu dipenuhi terlebih dahulu iaitu mengubah nama, logo dan manifesto Pilihan Raya PH.
"Perkara itu memang sedang dalam perbincangan pun. Saya rasa perkara ini perlu disegerakan sebab kita tak punyai cukup masa," katanya ringkas kepada Antarapos.
Namun malangnya, sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang tarikh perbincangan untuk membuat pengumuman rasmi diantara PPBM dengan Pakatan Haprak tu ditetapkan. 

Dalam sidang media yang telah diadakan pada hari Selasa yang lalu, pimpinan tertinggi PPBM secara rasmi telah membuat pengumuman bahawa parti itu bersetuju untuk menyertai Pakatan.

Pendirian terbaru PPBM itu adalah langkah susulan selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama PH untuk menjayakan prinsip satu lawan satu melawan BN, hujung tahun lalu.

Dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin - pemimpin PPBM itu membuktikan bahawa mereka sudah berputus asa dan tidak lagi mengharapkan sokongan dari PAS.

Dalam erti kata lainnya, pemimpin PPBM ni seolah - olah sudah 'Menutup Buku' untuk meneruskan rundingan dengan PAS yang dianggap suka memberikan alasan yang merugikan masa.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping