Jumaat, Mac 17, 2017

PAS Selangor akan ‘melanggar’ mana-mana kerusi yang ditandingi PKR di negeri ini sekiranya parti itu tidak lagi menghormati prinsip serta kerjasama politik yang terbentuk sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, PAS tidak akan memberi sebarang jalan kepada PKR andai parti itu kekal dengan pembahagian kerusi menjurus kepada tiga penjuru seperti mana yang dilaporkan baru - baru ini.
“Kita tidak ada masalah (jika PKR, DAP, PAN dan PPBM mengadakan pembahagian kerusi), namun kita telah kenal pasti dan bertegas dengan kerusi yang kita akan tandingi untuk PRU14 nanti.
“Jika pembahagian kerusi itu menjurus kepada formula pertandingan satu lawan satu, kita akan hormati kerjasama (dengan PKR) yang ada sebelum ini, kita akan kekalkan kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi oleh kita.
“Namun, sekiranya pembahagian kerusi membabitkan parti pembangkang itu melibatkan formula pertandingan tiga penjuru atau lebih, maka semua kerusi di Selangor ini kita anggap terbuka, sesiapa sahaja boleh bertanding termasuk PAS sendiri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Smart Strata 2017 di Setia Alam pada Selasa.
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus bahawa PKR serta sekutunya iaitu DAP, PAN dan PPBM yang telah membahagikan kerusi DUN Selangor tanpa melibatkan PAS.

Difahamkan hasil pembahagian itu, PKR dijangka akan bertanding 18 kerusi DUN diikuti 15 kerusi untuk DAP, manakala PAN serta PPBM masing-masing bertanding di 14 kerusi dan 9 kerusi.

Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Naib Presiden PAS membuat penegasan bahawa tiada sebarang penetapan kerusi dibuat di antara parti itu dengan PPBM sebagai mana yang dilaporkan sebelum ini!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. tak payah fikir banyak...semua kursi seleruh negeri pun pas kena tanding laa....biar semua 3 penjuru...keputusan nanti rakyat tentukan..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping