Jumaat, Mac 03, 2017

Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ia tidak akan menguntungkan Amanah, demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan, Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan.

Sebaliknya menurut beliau, ia hanya memberi kelebihan kepada Umno, dengan niat mahu menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan. 

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan kewujudan komplot antara Amanah Kelantan dan Umno Kelantan untuk menjatuhkan PAS menerusi pertandingan tiga penjuru.

"Tetapi yang jelasnya jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan fokus Amanah adalah pengundi PAS, maka ia sedikit pun tidak menguntungkan Amanah di Kelantan. 

"Berapa ramai dan berapa peratus bekas ahli PAS yang menyeberang menjadi ahli Amanah? Saya yakin mereka tidak akan menang, tetapi tujuan masuk untuk menarik sokongan ahli-ahli PAS dan itu menguntungkan siapa? Menguntungkan Umno. 

"Jika perkara itu betul kalau ada orang mengatakan semacam ada satu pakatan yang rasmi tetapi seperti persefahaman politik, ia seperti semata-mata hendak jatuhkan PAS," katanya yang ditemui pemberita, petang tadi.

Tambahnya, Umno sememangnya diketahui memusuhi PAS, maka tindakan Amanah sebagai 'pengganggu' secara tidak langsungnya seperti berpakat dengan parti itu.

Dakwaan komplot itu tersebar di media sosia sejak beberapa hari lalu, tetapi ia dinafikan oleh Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. BETUL, PAN memperbodoh diri sendiri, syok sendiri.

    BalasPadam
  2. Politik balas dendam tu..bukan utk kepentingan rakyat. Memang nampak bodoh la macam tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping