Khamis, Mac 23, 2017

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAPigs mengakui pernah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina tidak perlu takut hudud, sebagaimana video yang kini tular di internet.

Namun Ahli Parlimen DAPigs Seremban itu berkata, video itu tidak bermaksud bahawa DAPigs menyokong hudud, sebaliknya pada ketika itu ia hanya bagi mendapat keyakinan masyarakat.     
"Pada ketika itu memang saya ada cakap begitu bahawa masyarakat Cina tidak perlu takut (hudud) kerana itu bukan agenda PR pada ketika itu dan sebab pada ketika itu MCA cuba menakutkan orang Cina melalui isu hudud itu.
"Saya hanya perjelaskan pada ketika itu bahawa ia bukan agenda kita dan tidak perlu ditakuti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik sidang media sebentar tadi.
Malah pemimpin DAPigs itu sebaliknya menyifatkan penularan video yang dirakam sebelum PRU13 itu merupakan sebahagian agenda MCA untuk mengalihkan sokongan pengundi Cina.
"Ini cubaan daripada MCA untuk mengatakan bahawa kita menyokong hudud itu agendanya, tetapi kita sudah jelaskan. Tidak apalah, itu hanya mainan politik sahaja," katanya lagi, ketika ditanya sama ada mahu mengambil tindakan susulan terhadap penularan video berkenaan.
Namun hakikatnya, semua orang tahu bahawa pada ketika itu DAPigs terlalu terdesak mahu mendapatkan sokongan dari kalangan umat Islam. Maka sebab itu mereka mencipta video berkenaan.

Video berkenaan yang memaparkan pemimpin DAPigs itu mengatakan bahawa orang Cina tidak perlu takut dengan hukuman hudud ketika satu ceramah pada 2013, kini tular di internet.

Ekoran penularan video itu, Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan mendakwa DAPigs cuba mengelirukan rakyat apabila membuat "Pusingan U" dengan menentang pindaan Akta 355 (RUU 355) PAS.

Ujar Huan, DAP kini dilihat menghasut masyarakat Cina membantah pindaan RUU 355, yang mana ia bertentangan dengan pendirian parti itu ketika masih bekerjasama dengan PAS, sewaktu PRU13 lalu.

Hubungan DAP dan PAS yang pernah terjalin menerusi PR putus selepas gabungan itu diisytihar terkubur pada Julai 2015, ekoran perbalahan berterusan antara kedua-dua parti itu mengenai beberapa perkara termasuk hudud. 
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Apa pun alasannya, sokongan pengundi Islam kpd Dap semakin menurun.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping