Khamis, Mac 16, 2017

Isu penghinaan terhadap agama Islam di Malaysia bukanlah perkara baru dan tidak mengejutkan terdapat pemimpin yang bertindak sama menghina dan mempertikaikan Islam sebagai Persekutuan Malaysia.

Terbaharu masyarakat di kejutkan dengan kenyataan bekas ADUN Batu Uban, Raveentharan Subramaniam (PKR) yang secara jelas bersifat biadap dan kurang ajar.

Raveentharan menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini memuatnaik pautan artikel berita berkaitan penceramah bebas Dr Zakir Naik mendakwa dirinya ‘pembawa keamanan, dan pengkritik saya adalah pengganas’.

Bersama pautan berkenaan, bekas ADUN PKR itu memuatkan status “Pertamanya, Islam tidak pernah menjadi agama keamanan.”.

Tindakan tersebut kemudianya mendapat kritikan netizen di media sosial sehingga menyebabkan Raveentharan yang juga merupakan seorang peguam terpaksa membuat permohonan maf dan memadam kenyataan tersebut dari akaun Facebooknya.

Menurut Raveentharan kenyataan tersebut sebenarnya ditujukan kepada Dr Zakir Naik dan bukan kepada Islam sambil mendakwa dirinya tidak bermaksud untuk menghina.

Paling menarik, menurut Raveentharan kenyataan tersebut telah disalah ertikan hanya kerana dia tidak meletakkan “tanda soal” sehingga membawa maksud yang berlainan dari apa yang hendak disampaikan mengenai Dr Zakir.

Bagaimanapun tinjauan yang dilakukan mendapati status penghinaan Raveentharan terhadap agama Islam bukanlah yang pertama kali dilakukan ekoran terdapat beberapa posting dan pautan dikongsi di Facebook beliau yang menghina agama Islam.

Sementara itu menurut Setiausaha Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee tindakan tersebut jelas menunjukkan kejahilan pemimpin berkenaan.
“Isu penghinaan dan pencercaan terhadap agama Islam yang dilakukan oleh bukan Islam terutama melibatkan pemimpin poltiik bukan perkara baru malah akan terus berlaku.
“Mereka jahil tetapi cuba campur tangan hal ehwal Islam dengan niat untuk mengelirukan masyarakat Islam,” katanya.
Menurut Syed Ali sekiranya perkara ini tidak dibendung sentimen dan provokasi politik seperti ini dibimbangi akan mencetuskan pergaduhan yang boleh menggugat keamanan negara.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid, melalui satu kenyataan sebentar tadi berkata siasatan ke atas S Raveentharan itu dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan perbuatan mengeluarkan perkataan atau seumpamanya dengan sengaja berniat untuk melukakan perasaan agama seseorang. Jika sabit kesalahan, seseorang boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Mior Faridalatrash berkata bekas ADUN Batu Uban itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salah guna kemudahan rangkaian atas talian. Mengikut peruntukan itu, Raveentharan boleh didenda RM50,000 atau setahun penjara.

Mior Faridalatrash turut berkata, polis Pulau Pinang menerima aduan daripada wakil sebuah pertubuhan pada petang 13 Mac yang mendakwa menemui akaun Raveentharan Subramaniam ketika melayari Internet.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Sampai bila kita perlu bersabar dengan perangai sebegini.

    BalasPadam
  2. Ada yg mengaku Islam pun turut hina Islam. Sebab itu yg bukan Islam berani hina Islam.

    BalasPadam
  3. Tak lama lagi adalah ulama PKR, Wan Ji akan berkata tindakan Raveentharan Subramaniam tu menepati Maqasid Syariah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping