Khamis, Mac 02, 2017

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh berkata parti itu bukan hanya sekadar ditubuhkan dengan matlamat untuk menjatuhkan UMNO secara mutlak namun sebaliknya mahu memperkukuhkan ummah.

Ujarnya, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa parti itu kini lebih mementingkan konsep pengukuhan ummah dari segi perpaduan di kalangan umat Islam yang semakin lemah.
“Kita bukan bermatlamat utamanya bukan meruntuhkan UMNO tapi matlamat utama kukuhkan ummah dan mereka tahu sendiri pemimpin mana yang nak pilih.
“Zaman sekarang orang sudah tidak bergantung kepada suara kerajaan. Mereka fikir sendiri untuk dapat maklumat daripada mana,” katanya ketika berucap dalam Seminar Pemikiran Tokoh Haron Din di ibu negara sebentar tadi.
Dalam pada itu, Nik Abduh turut mengakui pendekatan PAS yang menganjurkan amalan budaya politik matang berdasarkan fakta dan bukan berasaskan emosi memberikan kesan kepada parti itu.

Jelasnya, langkah PAS yang membuat keputusan untuk mengamalkan Politik yang tidak hanya berdasarkan emosi telah mengakibatkan parti itu berpecah sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN).
“Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dipraktikkan PAS kini diperkenalkan semasa berlaku pergoncangan dalam PAS.
“Dalam membina strategi politik dan membina polisi yang mengakibatkan Pas bergoncang dan serpih sudah banyak kali, tapi yang kekal adalah istiqomah dan golongan inilah yang membina satu amalan politik yang matang sepertimana yang dikenali,” katanya lagi.
Sebelum ini, beberapa bekas pemimpin utama PAS yang diantaranya bekas Timbalan Presiden Mat Sabu dan Si Din Pudu tu telah bertindak meninggalkan parti dan menubuhkan PAN.

PAN lantas membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam membentuk gabungan Pakatan Harapan (PH) tanpa penglibatan PAS serta menjadikan parti itu sebagai 'Musuh Utama' mereka.

Sehingga ke hari ini, PAS masih lagi kekal dengan pendirian yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti bahawa mereka tidak akan sesekali kembali menyertai Pakatan dan tidak akan menjalinkan kerjasam dengan pihak yang ada kaitan dengan PAS ataupun DAPigs!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Tabik buat Pas krn mempunyai prinsip yg kukuh dlm politiknya.

    BalasPadam
  2. Selain umno,pas juga kini utuh di hati saya yg juga penyokong tegar BN.Pendekatan yg di amal Pas ketika ini yg mengutamakan kesatuan Ummah itu yg menarik hati saya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping