Sabtu, Mac 25, 2017

Hahaha!!! Sekarang baru nampak muka cuak Si Azmin ni bila semakin ramai pengikut serta pemimpin PAS yang berang dengan kenyataan biadap yang telah dikeluarkannya sebelum ini.

Jika sebelum ini, Si Azmin tu bukan main Angkuh lagi menyindir pemimpin PAS yang mendakwa kononnya parti itu mahu merampas Selangor dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Katanya, sindiran yang dilemparkan oleh Si Azmin melalui laman twitternya itu ditujukan kepada Ketua Pemuda PAS yang dilabelkan sebagai "Tok Lebai" yang kalah dikawasan sendiri.

Ekoran kenyataan biadap yang dinyatakan oleh Si Azmin itu membuatkan ramai pemimpin serta pengikut PAS yang marah dan mengugut mahu memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR.

Malah ada juga yang menganggap kenyataan biadap itu datangnya seorang pemimpin yang lupa daratan. Bahkan kata mereka, Azmin lupa siapa yang telah banyak membantunya sebelum ini.

Ada dikalangan mereka yang mengingatkan Si Azmin tu mengenai jasa yang telah diberikan oleh PAS sehingga membolehkan dia merampas jawatan Menteri Besar Selangor daripada Wan Azizah.

Mungkin dek kerana ugutan yang diterima itu membuatkan buah kerandut Si Menteri Besar Selangor tu goyang dan menyebabkan dia mula berubah fikiran mengenai kerjasama dengan PAS.

Maka sebab itu Si Menteri Besar Selangor tu keluarkan kenyataan balas yang menyifatkan kemelut diantara PAS dan PKR itu dapat diselesaikan melalui perbincangan dikalangan mereka.
"Tradisi berbincang bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah perlu diteruskan oleh kedua-dua pihak dan tidak perlulah mana-mana pihak berlawan-lawan mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana parti," katanya dalam satu kenyataan kepada pihak media di Kuala Selangor.
Soalnya sekarang, masalah itu berpunca dari sifat Biadap yang ditonjolkan melalui laman media sosial sebelum ini. Takkan baru sekejap je Si Azmin tu boleh berubah menjadi seorang yang MUNAFIK?

Apa yang jelas, tindak balas yang ditonjolkan oleh Si Azmin itu membuktikan yang dia berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa menelan semula ludah yang telah diluahkan sebelum ini.

Dalam erti kata mudahnya, pemimpin seperti Si Azmin ni memang tak boleh dibuat kawan. Dia bukan sahaja sama seperti Kacang Lupakan Kulit. Sebaliknya, dia ibarat anjing yang tersepit. Bila dia nak pergunakan orang, masa tu la dia baik. Bila dia dah terlepas, habis semua orang dia gigit!!!
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Sekarang baru nampak muka taik azmin.

    BalasPadam
  2. ALLAH MAHA KAYA, MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BERKUASA.... orang yang angkuh, munafik dan pembohong tidak kekal lama. Apabila ALLAH kehendaki maka akan diturunkan pelbagai bala untuk menjatuhkan dengan membuka kejahatan dan keburukan untuk orang ketahui.

    BalasPadam
  3. Azmin tahu dia menang dulu pun sbb undi Pas...skrg nak cari penyakit.

    BalasPadam
  4. maka pendedak khusus PKR terpinga-pinga cam babi hutan sesat kah kah kah. nak tengok apakah Azwan atau Umi Hafilda akan melalak membela nasib si Azmin ni dan nak tahu siapa yang akan penjadi pembela dia.. (Tun M kot ?)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping