Khamis, Mac 16, 2017

Kiranya "Alim" sangat la Si Nyonya Kok ni bila dia guna duit Dana Rakyat untuk diberikan kepada orang lain. Sampai tahap dia boleh menghukum orang lain masuk Neraka sesuka hati dia je.

Bayangkan. Kalau sebelum ini, Kerajaan Barisan Nasional beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ada dikalangan puak Pakatan tu mendakwa bahawa ianya adalah satu bentuk Rasuah Politik.

Tapi kalau puak Pakatan Haprak tu buat, takde pulak ianya dikategorikan sebagai satu bentuk Rasuah Politik? Sebaliknya, orang yang mempertikai pemberian BR1M tu hanya mendiamkan diri.

Kalau Kerajaan beri bantuan kepada rakyat ni dianggap Rasuah, maka Rejim Pakatan Selangor ni lagi teruk sebab orang yang dah meninggal dunia pun diorang masih beri rasuah lagi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Nyonya Kok tu menafikan bahawa dia dan pihaknya telah melakukan penyelewengan terhadap bantuan yang diberikan oleh Rejim Pakatan Selangor.

Sebaliknya, Si Nyonya Kok tu mendakwa, pihak yang menuduh dia melakukan penyelewengan itu yang akan masuk Neraka kerana membuat tuduhan fitnah terhadap dirinya.
“Saya tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan daripada wang ihsan SWUE, jadi jangan lemparkan fitnah kepada saya dan rakan saya yang lain kerana membuat fitnah adalah dosa dan mereka akan masuk ke neraka,” tegasnya ketika bangun mempertahankan tuduhan ke atasnya di Dewan Rakyat.
Teresa berkata, dia kesal dengan tuduhan palsu itu yang sebelum ini dilemparkan oleh Datuk Seri Jamal Md. Yunus dan disiarkan sebuah portal pro Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, dalam tuduhan itu, Jamal mendakwa bantuan yang perlu diberikan kepada keluarga Si Mati adalah sebanyak RM2,500, tetapi kebanyakan daripadanya menerima RM1,000 sahaja daripadanya.
“Saya memang tidak ingin membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat kerana ini isu Selangor, tetapi memandangkan Kuala Selangor bangkitkan isu ini dan heret nama saya dalam perbahasannya semalam, saya terpaksa memberi keterangan dengan operasi SWUE di dewan ini.
“SWUE adalah bantuan wang ihsan kepada keluarga si mati yang dilahirkan di Selangor iaitu si mati yang memegang kad pengenalan angka 10 ditengahnya.
“Setiap waris atau keluarga si mati akan diberi RM2,500 bawah skim ini. Keluarga si mati yang memohon bawah SMUE akan diberi wang tunai RM1,000 oleh Pejabat Wakil Rakyat yang diberi tauliah untuk melaksanakan pemberian wang ihsan ini terlebih dahulu dan dua bulan kemudian Pejabat Daerah akan  memberi tambahan RM1,500 lagi kepada keluarga atau waris si mati,” katanya.
Kiranya, Si Nyonya Kok tu cuba nak memberikan gambaran seolah - olah pihak Pejabat Daerah yang tak bertanggungjawab kerana tidak memberikan tambahan sebanyak RM 1,500 seperti yang sepatutnya.

Namun, kenyataan yang dibuat oleh Si Nyonya Kok tu dianggap sebagai satu bentuk pengakuan bahawa Rejim Pakatan Selangor turut beri Rasuah kepada rakyat sehingga orang yang dah meninggal pun terlibat sama!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping