Sabtu, Mac 04, 2017

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menegaskan pihaknya akan meneruskan siasatan berhubung kes seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dikatakan melakukan penyelewengan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM berkata, walaupun pihak terlibat menarik semula laporan polis yang dibuat, suruhanjaya itu tetap akan menjalankan siasatan berhubung kes itu dengan memanggil saksi-saksi boleh membantu siasatan.
“SPRM akan tetap meneruskan siasatan dan saksi-saksi yang boleh membantu akan turut dipanggil,” jawabnya ringkas kepada Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp, semalam.
Sebelum ini, seorang pengarah pemasaran sebuah syarikat mendakwa, yayasan milik seorang ahli MT Umno melakukan penyelewengan dana RM2.7 juta yang diperoleh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Namun begitu, pihak yang terlibat menarik balik laporan polis dan kenyataan yang dibuat terhadap yayasan berkenaan, kelmarin.

Dalam pada itu, Datuk Azam Baki juga turut memberitahu pihak media bahawa kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Rabu lalu, SPRM melalui kenyataannya memaklumkan, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan tersebut dan akan menelitinya sebelum membuka kertas siasatan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping