Khamis, Mac 23, 2017

Husam Musa ni dah sama seperti orang nyanyuk atau barangkali kerana terdesak sehingga dia terpaksa 'menipu' tentang penglibatannya secara lansung dalam Rejim PAS di Negeri Kelantan. 

Atau kerana dia sudah tidak berjawatan dan dikehendaki dalam PAS, kemudian mendapat tempat dalam PAN, sekaligus menjadi medan untuknya melepaskan geram dan dendam peribadinya.

Hakikatnya, banyak kerugian selepas dia kehilangan segala - galanya dalam PAS dan Rejim PAS di Negeri Kelantan, hanya dia sahaja yang mengetahui. Tapi, tak nak pulak dia menyatakannya.

Menurut Husam, Kelantan telah dimusnahkan oleh Rejim PAS sekarang. Namun realitinya, PAS yang telah memerintah Kelantan selama 27 tahun itu turut melibatkan dirinya sendiri sebagai salah seorang Exco.

Seawal tahun 1990-an lagi, ramai yang telah memperkatakan tentang penyelewengan dan rasuah yang berleluasa dalam Rejim PAS Kelantan hasil gabungan dengan Semangat 46 sebelum ini.

Malah, Husam sendiri bukan sahaja berada dalam pentadbiran Rejim tersebut, tetapi merupakan tenaga penting yang diselak masuk oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.

Allahyarham Nik Abdul Aziz bagaimanapun, tidak lagi melantik Husam Musa walaupun sebelum itu, Husam Musa disebut-sebut sebagai penggantinya selaku Menteri Besar Kelantan.

Dan semua orang tahu, Husam Musa mempunyai pelbagai projek - projek besar termasuklah Lebuhraya Rakyat yang tidak wujud sampai ke hari ini selain Keretapi Laju Kota Bharu-Kuala Lumpur.

Itu belum termasuk projek ternakan kambing jamnapari, depu, dirham dan dinar dan seribu satu macam projek lain yang sehingga ke hari ini hanya sekadar tinggal Batu Asas sahaja.

IRONIKnya pada ketika itu, setiap kritikan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak terhadap PAS, Husam Musa akan mendakwa ianya sebagai fitnah dan menafikan semua tuduhan tersebut.

Malah kes pembalakan di Hulu Kelantan pun, Husam Musa nafikan ia melibatkan rasuah dan salahguna kuasa. Pun sekarang, Husam masih mendakwa kononnya PAS memusnahkan Kelantan?

Jenaka apa yang cuba dimainkan oleh Husam Musa ni? Adakah hanya kerana dia tidak mendapat tempat dalam pentadbiran Rejim PAS Kelantan dan hilang segala kemudahan, baru dia nak sedar diri?

Sebenarnya, bukan PAS yang memusnahkan Kelantan tetapi sebilangan orang-orang berkuasa dalam PAS yang berbuat begitu. Merekalah yang menjual konsesi pembalakan untuk kepentingan peribadi.

Masalah pembalakan dan konsesi yang ditimbulkan sekarang ini oleh Husam dan PAN bukannya bermula dari zaman Ahmad Yaakob atau semasa Allahyarham Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar.

Malah tanpa kewujudan Husam Musa sebagai Exco Kanan dalam pentadbiran Rejim PAS Kelantan sebelum ini pun, masalah itu telah berlaku sejak sekian lama. Bukan baru hari ini masalah tu timbul.

Hakikatnya, Husam Musa lebih tahu sebenarnya dan dianggap tidak layak lansung nak bercakap tentang hal tersebut kerana dia adalah Exco Kanan ketika konsesi - konsesi tersebut dianugerahkan kepada pemegang-pemegang konsesinya!!! - seterusnya...
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Wakil rakyat batu asas. Meroyan sakan apabila tak ada jawatan. Nampak sangat apa tujuan perjuangannya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping