Rabu, Mac 22, 2017

Heh! Senang sangat Si Pelacur Politik ni berubah pendirian berkaitan dengan alasan yang menjadi punca dia meninggalkan PPBM. Hari tu dia bagi alasan lain. Hari ini lain pulak alasan dia.

Jika sebelum ini, bekas Ketua AMK PKR yang diberi gelaran sebagai 'Pelacur Politik' oleh Si Ketua Penipu tu kata, dia keluar PPBM sebab nak beri tumpuan kepada penubuhan sebuah NGO.

Pada ketika itu, Si Pelacur Politik tu mendakwa dia tidak mempunyai banyak masa untuk didedikasikan sepenuhnya kepada perjuangan PPBM selepas baru sebulan dia menyertai parti tersebut.

Malah, bekas Ketua AMK itu juga turut menafikan bahawa dia Gila Jawatan seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak apabila dia mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Waktu itu, ramai yang berpendapat bahawa Pelacur Politik itu membuat keputusan untuk keluar parti kerana nama dia tidak tersenarai sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat PPBM.

Hari ini, lain pulak alasan yang diberikan oleh Si Pelacur Politik itu yang mendakwa punca dia keluar dari PPBM adalah kerana parti itu masih lagi mengamalkan corak Politik yang sama dengan UMNO.
“Dan bila you masuk parti besar, you tak lari daripada percaturan politik, politiking, perebutan jawatan dan sebagainya.
“Kebanyakan ahli PPBM datang daripada UMNO dan mereka masih terbawa-bawa lagi cara dan budaya UMNO,” kata Ezam yang dipetik dalam wawancara sebuah akhbar tempatan hari ini.
Menurutnya, hanya Tun Mahathir sahaja dilihat sudah berubah tetapi majoriti ahli - ahli PPBM itu masih lagi mengekalkan cara lama dan itu menyebabkan dia sukar untuk menerimanya.
“Kalau tanya saya, hanya Tun Mahathir yang sudah really transform dan reform. Memang dia macam (bekas Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun mereka lama memimpin UMNO, sekali menjadi pembangkang, mereka pembangkang terus. Saya tengok ramai dalam PPBM tak begitu, termasuk pimpinannya.
“Mereka masih dalam kelompok dan kepompong UMNO. Jadi susah dan saya rasa saya tak boleh bergerak banyak,” katanya lagi.
Namun persoalannya, kenapa dia tak masuk PKR, PAN ataupun DAPigs? Adakah ketiga - tiga parti gabungan Pakatan itu juga turut mengamalkan korupsi seperti yang didakwa berlaku dalam PPBM?

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh bekas Ketua AMK itu membuktikan bahawa tidak ada parti dikalangan puak pembangkang tu yang boleh dipercayai. Diorang setakat bercakap je pasal Anti Korupsi. Tapi hakikatnya, diorang lebih teruk dari itu!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Masa depan politik Ezam dah tamat ,eloklah dia menceburi bidang lain.Dalam politik kalau dia betul pun sekarang ni tak ada orang yg akan percaya pada dia lagi.Nasib org 'tamak' sama seperti anjing dgn bayang-bayang,melepas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping