Rabu, Mac 01, 2017

Huh! Nampak gayanya, penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan pemimpin Pakatan Haprak tu terhadap PAS semakin berleluasa dan memberikan gambaran bahawa mereka tidak menghormati parti itu.

Terbaru, kenyataan yang dibuat oleh Si Tian Chuak ini seolah - olah cuba memperlihatkan bahawa PAS bukan sebuah parti yang teguh pendiriannya terhadap keputusan yang telah dibuat.

Naib Presiden PKR itu jelas menyatakan keyakinan bahawa PAS akan membuat 'Pusingan U' dan kembali ke pangkuan Pakatan Haprak tu pada saat - saat akhir sebelum menjelang Pilihan Raya Umum.

Menurutnya, pertembungan antara DAPigs dan PAS hari ini hanya kerana masing - masing mahu menjaga maruah parti. Namun secara realitinya, PAS masih diperlukan dan DAPigs terpaksa melupakan egonya.
“Buat masa ini, krisis yang berlaku antara DAP dan PAS semata-mata untuk menjaga maruah masing-masing. Dari segi realitinya, Pakatan Harapan masih perlukan Pas sekiranya mahu benar-benar memberi tentangan kepada BN,” kata Tian Chua seperti dilaporkan China Press.
Bagi sesetengah pihak, apa yang dinyatakan oleh Si Tian Chuak ini membuktikan bahawa PKR memang tidak mampu wujud dan menjadi sebuah parti yang relevan tanpa sokongan dari PAS.

Hakikatnya, tindakan Si Tian Chuak ini menyerlahkan lagi keadaan terdesak yang sedang menyelubungi PKR sekiranya PAS benar - benar mahu memutuskan kerjasama dengan mereka.

Dalam masa yang sama, Si Tian Chuak ini juga mendakwa kewujudan parti PPBM pimpinan Tun Mahathir juga sedikit sebanyak telah memberi saingan dan mengugat kedudukan PAN secara tidak lansung.
“Sebelum ini, DAP dan Amanah yakin dengan kemampuan mereka untuk menggugat kekuatan PAS. Tetapi selepas Bersatu ditubuhkan, kekuatan Amanah agak terjejas dan harapan mereka untuk menggantikan PAS boleh dikatakan sudah tertutup.
“Amanah ketika ini perlu membahagi-bahagikan kerusi mereka dengan Bersatu. Oleh itu, tidaklah mustahil Amanah barangkali akan bekerjasama semula dengan PAS,” jelas Tian Chua.
Apa yang jelas, dari sudut kenyataan yang dibuat oleh Si Tian Chuak ini bukan sahaja dianggap sebagai satu penghinaan terhadap PAS yang masih tetap enggan kembali menyertai Pakatan.

Malah Naib Presiden PKR itu juga turut dilihat cuba memperlekehkan kepimpinan PAS secara tidak lansung dengan memberikan gambaran seolah - olah mereka terdiri dari kalangan pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. jelaslah sekarang ni DAP dan PAN tak segagah mana., begitu juga kalau ditinjau PABM dan PKR pun tak begitu menyakinkan. Habis parti mana yang patut diberikan sokongan ? PAS tetap PAS sebab mereka tetap ada penyokong tegar (yang nyata bukan setakat orang islam sahaja yang menjadi penyokong mereka) oooh, baru nampak sekarang ni patutlah mengapa parti-parti pembangkang nak sangat PAS menyokong diorang, aduhai... kenapalah tak perasan sehingga sekarang. Kitorang ingat PKR, DAP, PABM dan PAN sudah cukup kukuh untuk merampas kekuasaan daripada BN pasal tu diorang mengenepi dan mengutuk PAS dengan segala macam bahasa (nak kata retorik atau memujuk pun bukan ) yang kitorang pun tak berapa nak faham. Maha suci Allah yang membenarkan segala yang benar dan menunjukkan segala kebatilan samada yang terang mahupun yang tersembunyi

    BalasPadam
  2. Bagi saya,kepimpinan PAS sekarang memang yg terbaik.Pas lah yg terbaik di antara parti pembangkang yg mempunyai ahli dan akar umbi yg setia d belakang kepimpinan.PAS boleh bergerak sendiri dlm pru 14 nanti.Pendekatan PAS sekarang dapat menarik pengundi atas pagar.cuma PAS perlu istiqomah dan tidak tertipu dgn muslihat pakatan.cukuplah PAS tertipu selama ini.kejadian ini ada hikmahnya.saya dulu sangat benci dgn PAS kerana adanya petualang dan pengampu dap dlmnya.begitu juga dgn talibarut anuwar ibrahim di dlm nya.saya cukup teruja dan gembira dgn kepimpinan sekarang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping