Halaman

Selasa, April 11, 2017

KENYATAAN RAFIZI IBARAT "DEJAVU"!!!

"Ibarat macam kita tengok 'Siaran Ulangan' yang biasa ditayangkan di Astro". Itu kenyataan seorang rakan apabila mengulas mengenai tindakan yang dibuat oleh Si Rafizi Ramli tu.

Untuk sekian kalinya, rakan itu menjelaskan bahawa ini bukan kali pertama dia dengar Si Rafizi tu keluarkan kenyataan dan membuat dakwaan sedemikian rupa. Tapi dah banyak kali diulanginya.

Namun, apa yang berbezanya ialah kali ini dakwaan itu tidak ditujukan kepada Barisan Nasional. Sebaliknya Si Rafizi tu menjadikan PAS sebagai sasaran utama dalam dakwaan liarnya.

Pun begitu, kata rakan itu lagi, tindakan Si Rafizi itu juga bukan sesuatu yang sangat mengejutkan. Malah perkara itu, katanya sudah menjadi kebiasaan buat Rafizi sejak kebelakangan ini.
"Kot kalau sebelum ini, Rafizi pernah menjadikan Khalid Ibrahim sebagai mangsa tuduhannya sehingga menyebabkan Menteri Besar Selangor tu hilang jawatan dan dipecat dari PKR.
"Bahkan, Ahli Parlimen Pandan itu juga pernah menjadikan Azmin Ali sebagai sasaran apabila membuat dakwaan wujudnya 'Rasuah Betina' dalam pentadbiran Azmin di Selangor.
"Maka ianya tidak menjadi suatu perkara yang mengejutkan apabila Rafizi tampil membuat dakwaan sedemikian kerana itu sudah menjadi kelaziman buat dirinya yang suka menabur fitnah," katanya.
Tambahnya, alasan yang dikeluarkan oleh Rafizi semalam juga bukan sesuatu yang baru. Tetapi ianya sudah pernah didengarinya sewaktu Rafizi buat tuduhan terhadap Rejim Pakatan Selangor.
"Dulu dia pernah juga beri alasan dengan mengatakan bahawa dia akan buat laporan kepada SPRM berhubung isu 'Rasuah Betina' yang berlaku dalam pentadbiran Negeri Selangor.
"Tapi, apabila pihak SPRM menjalankan siasatan dan menafikan dakwaan yang dibuat, Rafizi bagi alasan dia hanya cuba nak 'Menegur' pentadbiran yang dipimpin oleh Azmin supaya tidak terlibat dalam penyelewengan kuasa
"Jadi, tak heran jika selepas ini Si Rafizi tu akan mengulangi alasan yang sama apabila dia kantoi menabur fitnah terhadap PAS," kata rakan itu lagi.
Maka kesimpulannya cukup jelas. Si Rafizi tu hanya pandai mengitar-semula dakwaan yang pernah dibuat selama hari ini hanya semata - mata untuk mewujudkan spekulasi buruk terhadap orang lain.

Dalam erti kata mudahnya, kerja menabur fitnah ni bukan perkara baru buat Si Rafizi tu. Tapi sebaliknya, ia dah menjadi 'Darah Daging' dia. Maka sebab itu Si Rafizi tu boleh buat muka selamba je menabur fitnah merata - rata!!!

2 ulasan:

  1. Kata rapiji ni pas skrg senada dgn umno sbb xckp isu 1mdb...dia lupa diri dia senada dgn dap menentang ruu untuk perkasakan Islam...itulah kata org gajah didpn mata xnampak tp kuman diseberang lautan nampak jelas bkn main..sudahla piji byk lg isu yg blh diperjuangkan kenapa isu nak halang ruu mahkamah syariah ni yg ko pilih tuk lawan...atau ko dah perasan ni penggal akhir ko di parlimen..samdol..

    BalasPadam
  2. Tak ingat dosa pahala...fitnah dah jdi mcm makanan ruji.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.