Khamis, April 06, 2017

Heh! Nampak gayanya, keikhlasan pemimpin parti dikalangan gabungan Pakatan Haprak tu masih lagi takut nak mengangkat sumpah dan berikrar untuk membebaskan diri mereka dari rasuah.

Maka, tindakan pemimpin Rejim PKR di Selangor, PAS di Kelantan dan DAPigs di Pulau Pinang kini sedang menjadi bahan pertikaian dikalangan rakyat didalam Negeri masing - masing.

Ramai yang mula membangkitkan persoalkan, sejauh manakah sebenarnya pemimpin parti dikalangan puak Pakatan Haprak tu benar - benar ikhlas nak memerangi rasuah di Negara ini?

Adakah mereka selama hari ini hanya sekadar pandai bercakap je nak memerangi rasuah? Adakah mereka hanya sekadar pandai membuat tuduhan dan mencipta spekulas terhadap orang lain je?

Persoalan itu mula timbul apabila pihak SPRM sendiri mendedahkan bahawa belum ada Negeri dibawah Rejim Pakatan Haprak ni yang memohon untuk melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah.

IRONIKnya, sejak kebelakangan ini, ramai pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu mula dikaitkan dengan amalan rasuah selepas ianya didedahkan satu persatu kepada pihak media.

Sebelum ini, berita mengenai kes rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang terdedah kepada umum selepas dia dilaporkan memiliki rumah banglow mewah 'Terlajak Murah'.

Kemudian timbul pulak kes Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Ampang yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa apabila punca pendapatan yang diperolehinya mula menjadi pertikaian.

Tak lama selepas itu, Pegawai Khas kepada Si Menteri Besar Selangor tu juga turut menjadi perhatian ramai apabila dia dikaitkan dengan beberapa kontraktor yang memiliki projek Negeri.

Jadi, tak heran la jika pemimpin dalam Rejim Pakatan Haprak ni agak keberatan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan IBR bagi pentadbiran Negeri mereka masing - masing. Mungkin diorang takut, Ikrar sumpah diorang tu makan diri!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. SPRM...tunggu apa lagi...repot dah banyak2..

    BalasPadam
  2. SPRM..duk pi tangkap ikan bilis buat apa..tu..pegawai2 khas menteri besaq..org2 just depa spt mak lampir..Ahli parliman Ampang...siasat lagi..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping