Selasa, April 04, 2017

Hahaha!!! Kelakar betul tengok gelagat Si Khalid Samad ni. RM Seratus punya hal pun sampai nak terputus urat kentut dia dibuatnya. Memang dasar tak sedar diri sungguh rupanya.

Tapi, kesian jugak la dengan Si Khalid Samad ni. Bagi peluang la dia nak meroyan tak tentu arah sebab lepas ni, dia hanya setakat boleh jadi pemerhati biasa je didalam dewan Parlimen.

Nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang dah tak boleh memandangkan dia dah dijatuhkan hukuman oleh pihak mahkamah sebanyak RM 200 ribu kerana menabur fitnah.

Jadi, sebab tu la Si Khalid Samad ni meroyan dan menyalahkan sistem perundangan di Malaysia bila mahkamah buat tuntutan denda sebanyak RM 100 terhadap mereka yang menyerang dia.

Dengan nada yang tak puas hati, Si Khalid Samad ni mendakwa denda yang dikenakan terhadap penyerang dia tu tidak memadai dengan kesalahan yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Malah Si Khalid Samad tu juga turut membuat dakwaan kononnya hukuman denda sebanyak RM 100 itu boleh dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap institusi Parlimen di Malaysia.
"Ini merupakan seolah-olah satu penghinaan terhadap bukan sahaja ahli Parlimen, tetapi institusi Parlimen itu sendiri.
"Inilah perkiraan yang digunakan Pejabat Peguam Negara untuk mengenakan caj yang remeh terhadap satu kesalahan yang dilihat begitu besar dan serius, sebab bukan saya sahaja, malah ada juga pegawai polis parlimen yang sempat dipukul dan disepak oleh mereka. Malah mereka juga buat laporan polis, namun tidak digunapakai," kata Khalid.
Tapi IRONIKnya, Si Khalid Samad tu tak sedar bahawa kelakuan dia tak senonoh yang ditonjolkan selama hari ini telah memalukan institusi Parlimen di Malaysia ni secara terbuka.

Kalau di negara lain, bila ada dikalangan Ahli Parlimen yang disabitkan dengan sebarang kesalahan oleh pihak mahkamah, sudah pasti mereka akan letak jawatan serta merta secara sukarela.

Tapi di Malaysia, orang macam Khalid Samad yang sudah terbukti bersalah dan dikenakan hukuman kerana menabur fitnah terhadap orang lain pun masih lagi tidak mempunyai kemaluan untuk meletakkan jawatan. Itu membuktikan bahawa Si Khalid Samad ni GILA JAWATAN!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kalau lompat parti tu tak khianati institusi parlimen ke..khalid..

    BalasPadam
  2. nok buat guano lg doh unde2 kato lagu tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping