Selasa, Oktober 31, 2017

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hanya pemimpin retorik. Satu universiti yang dibawah kerajaan negeri pun tidak boleh jaga, ada hati hendak beri pendidikan percuma kepada semua dua puluh universiti awam di Malaysia. 

Apabila Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak membentangkan Bajet 2018 untuk kepentingan rakyat, Azmin pula sibuk bermain twitter dan perkecilkan pula usaha usaha yang dibuat kerajaan BN kepada rakyat.

Isu YAWAS berkaitan wang RM10 juta yang didakwa dibuka atas nama sembilan Ahli Parlimen pembangkang di sekitar Kuala Lumpur masih belum lagi dijawab Azmin Ali. Sibuk sangat bermain twitter semasa pembentangan bajet. 

Bila terkantoi dan tersilap tweet, enggan mohon maaf dan padam tweet. Azmin terkantoi taip angka yang salah bila menyatakan Bajet TVET hanya peruntukkan RM4.5 juta sahaja. Azmin kata di Selangor lebih banyak iaitu RM50 juta. 

Padahal angka sebenarnya dalam Bajet 2018 bukanlah RM4.5 juta tetapi keseluruhannya adalah bernilai RM4.9 billion.  Jauh berkali ganda lebih banyak dari bajet TVET di Selangor. 

Syed Saddiq terus padam tweet berkaitan TVET itu. Azmin Ali sampai ke sudah tidak padam tweet berkaitan TVET tersebut. Azmin Ali masih pertahankan kesilapan. Tidak malu sungguh. 

Bab pendidikan percuma juga Azmin telah kantoi. Dalam Bajet Alternatif DAP-Pakatan Harapan mereka mahu beri pendidikan percuma di semua universiti. Anggaran kos untuk beri pendidikan percuma di semua universiti itu mencecah hampir RM60 billion.

UNISEL yang di bawah kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin pun rugi teruk tiga tahun berturut-turut. Data menunjukkan, pada tahun 2014, UNISEL rugi RM10.6 juta. Tahun 2015 pula rugi RM16.6 juta dan tahun 2016, rugi lagi 4.01 juta. Kerugian terkumpul bernilai RM31.21 juta.

Hutang terkumpul di UNISEL pula sejumlah RM126 juta sejak 2014. Bagaimana Azmin dan rakan-rakannya bermegah mahu melakukan pendidikan percuma? Sedangkan satu universiti pun tidak boleh dijaga, macam mana hendak jaga 20 universiti awam? 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. letih rasanya hari2 dengar cerita2 mb bodoh yg tak layak langsung dilantik mb..tp terpaksa jugk menapis agar rakyat tidak percaya kecuali puak2 pakatan haram yg yg dah dicuci otak menjadi beku..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping