Ahad, Oktober 29, 2017

Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) yang menerima suntikan RM230 juta pada Bajet 2018 diharap akan mempercepatkan pembinaannya bagi mengatasi masalah kesesakan di bandar Bentong.

Presiden Persatuan Belia Generasi Glokal Bentong Amir Rozaini Ahmad Rani berkata masalah kesesakan luar biasa di bandar Bentong menjadi rungutan penduduk setiap musim perayaan dan cuti sekolah kerana ia merupakan laluan utama ke Kelantan.

"Ada ketikanya penduduk mengambil masa lebih sejam untuk keluar dari bandar. Pembinaan lebuh raya berkenaan akan mengatasi masalah ini kerana ia tidak melalui bandar dan memberi pilihan kepada mereka yang mahu meneruskan perjalanan tanpa singgah berhenti makan atau solat," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 di Parlimen semalam, mengenai peruntukan itu bagi meneruskan pembinaan CSR antaranya di jajaran Raub ke Bentong.

Beliau juga menyentuh keprihatinan kerajaan menyediakan 600 unit rumah menerusi My Beautiful New Homes (MyBNHomes) di beberapa negeri termasuk Pahang kerana memberi peluang kepada warga B40 memiliki kediaman sendiri.

"Projek ini memberi peluang kepada generasi muda memiliki rumah pada usia lebih awal, sekali gus membantu mereka membuat perancangan kewangan yang lebih baik kerana bayaran balik pinjaman rumah merupakan komitmen paling besar kepada sebilangan besar individu," katanya.

Selain itu, Amir Rozaini menyifatkan Bajet 2018 sebagai 'mesra belia', merujuk kepada peruntukan pinjaman kepada usahawan Food Truck 1Malaysia yang sememangnya menjadi trend anak muda berniaga pada masa kini.

"Tahun Melawat Malaysia 2020 juga memberi peluang kepada belia termasuk mereka di luar bandar untuk melibatkan diri dalam sektor inap desa atau eko-pelancongan yang mempunyai tarikan tersendiri kepada pelancong asing," katanya.

-- BERNAMA
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping