Isnin, November 06, 2017

Biapun saban hari dikecam dan diserang oleh DAPigs dan konco - konconya, namun sifat keprihatinan pemimpin Rejim PAS Kelantan terhadap Lim Guan Eng tidak pernah berubah.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Rejim PAS Kelantan tampil memberikan bantuan sebanyak RM 50,000 kepada Pulau Pinang yang kini sedang dilanda musibah banjir besar.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, berkata dia sedia maklum keadaan banjir di Pulau Mutiara itu sangat membimbangkan pada ketika ini.
"Kerajaan negeri akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,00 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Semalam, Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak tengahari. Hujan lebat yang mula turun sejak jam 2 petang turut menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air mencecah paras sehingga kira-kira satu meter.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebelum ini mengesahkan ada menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi awal pagi tadi bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Ahmad Yaakob juga turut berkata, dalam situasi sedemikian semua pihak agar wajar membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengetepikan sentimen politik.
"Marilah sama-sama kita mendoakan agar keadaan banjir semakin baik dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
"Bersabarlah atas ujian Allah SWT yang menguji rakyat di sana melalui musibah banjir. Hanya dengan kuasa dan ketentuan Allah jua kita bermohon," katanya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.
IRONIKnya sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu pernah memperlekehkan Rejim PAS Kelantan yang didakwa tidak tahu menguruskan pentadbiran Negeri sehingga berlakunya banjir.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Guan Eng ketika rakyat di Negeri Kelantan dilanda banjir besar beberapa tahun yang lalu sebagai tanda retaliasi terhadap PAS yang bertindak keluar dari gabungan Pakatan Haprak yang didominasikan oleh DAPigs!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Tahniah krjaan kelantan krn telah menunjukkan teladan yg baik dlm hubungan sesama manusia dn politik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping