Khamis, November 09, 2017

Susulan dari aduan dan laporan yang dibuat sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mendakwa bahawa 'Armada' memang tidak terkandung dalam perlembagaan PPBM.

Mangsa banjir Penang tak beri
kepentingan Politik
Pendaftar Pertubuhan ROS, Surayati Ibrahim berkata pihaknya masih belum memberi kelulusan pindaan perlembagaan PPBM yang ingin menggunakan istilah Armada bagi pemudanya.
"Tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.
"Kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan, siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini,"katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Dalam erti kata mudahnya, bukan sahaja sayap PPBM itu tidak wujud, malah jawatan yang dipegang oleh Si Budak Hingusan serta barisan kepimpinannya juga adalah tidak sah mengikut perlembagaan parti.

Terdahulu, dua bekas Exco sayap PPBM bersama seorang ahlinya lagi, membuat aduan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan berhubung penubuhan sayapnya yang tidak sah mengikut perlembagaan parti.

Ahli itu berkata, dia telah meminta pihak pendaftar pertubuhan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara itu yang boleh dianggap serius kerana melibatkan sebuah parti politik.

Menurutnya, selain isu tersebut, kepimpinan PPBM juga dengan sengaja menangguhkan Mesyuarat Agung parti yang menurut perlembagaan parti sendiri ia mestilah dilakukan dalam masa setahun selepas parti ditubuhkan.
Categories:

3 ulasan:

  1. rakyat dah give up dgn cik ROS ni...lembab lemah gemalai...
    ....utk siasat kes ni entah berapa tahun la pulak cik rose ni nk ambil masa....

    BalasPadam
  2. Cakap ja bole la budak ni..
    Turun padang la..

    BalasPadam
  3. Nak siasat benda apa...
    Kan dah beri tahu...kes ARMADA parti Bunga...
    DAP...thn 2013 lagi dah beritahu
    Pakatoons ni nak cari salah org saja,tapi buntut sendiri berlumur najis...LOL.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping