Sabtu, November 11, 2017

Nampak gayanya pendedahan demi pendedahan dilakukan secara terbukan terhadap kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu.

Sehingga ke hari ini, ternyata banyak projek diluluskan dengan nilai yang tidak munahsabah dan cara yang amat meragukan itu dilakukan sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sebelum ini SAMM telah membuat beberapa pendedahan yang masih belum dijawab, antaranya ialah mengenai projek ubah suai ringan pintu gerbang dengan kos bernilai hampir RM10juta.

Hanya jawapan selamat diberi kononnya projek ini adalah dari wang penderma yang didahulukan kosnya. Malah salah seorang Adun PKR Selangor menjaja nama Istana untuk menyelamatkan diri.

Bahkan Si Menteri Besar Selangor itu juga gagal memberikan penjelasan mengenai kepentingan wang rakyat sebanyak RM65.03j dibazirkan untuk kerja mengganti kubah dan pejabat Masjid Shah Alam.

Apabila perkara itu dibangkitkan oleh pihak wartawan, Si Menteri Besar Selangor tu marah dan suruh wartawan menjawab dengan tuhan, kerana ganti kubah mahal untuk bela syiar islam.

Persoalannya, berapa banyak institusi Islam, sekolah - sekolah agama, pusat ilmu dan kebajikan Islam yang mampu terbela dengan jumlah wang RM69.04 juta yang diambil dari dana rakyat?

Dan yang terbaru, geng SAMM mendapat dokumen untuk sebuah projek di bawah tajuk “Cadangan menyiapkan tempat letak kereta Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam”.

Projek ini diluluskan kepada sebuah syarikat dengan nilai RM43juta. Soalnya apakah relevannya RM43juta dibazirkan hanya untuk menyiapkan PARKIR sebuah perpustakaan? 

Lebih jenaka lagi melalui carian di media, perpustaan itu sendiri disiapkan hanya dengan kos RM60 juta sahaja (sebelum azmin MB). Dalam erti kata mudahnya tempat letak kereta hampir sama harga dengan perpustakaan?

Kegilaan apakah yang cuba dipamerkan oleh Si Azmin Ali ni? Soalnya, sampai bila perkara seperti itu harus diteruskan? Berapa banyak lagi duit rakyat Selangor akan dibazirkan oleh Si Menteri Besar yang rakus nak jadi Perdana Menteri tu nanti!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Mungkin mimpi jadi prdana mntri untk negara selangor saja c mntri besar ini dan angan anganya besar juga.

    BalasPadam
  2. belum dikira kos bina kilang ice cream batang lagi....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping