Rabu, November 15, 2017

Lepas satu persatu masalah timbul, apa rasionalnya lagi untuk PPBM terus kekal wujud? Jika sebelum ini, isu kepimpinan parti itu telah menjadi diantara bahan bualan dikalangan rakyat.

Ramai yang mendakwa parti itu hanya diwujudkan untuk memenuhi kehendak dan kemahuan individu tertentu sahaja. Parti itu kata mereka tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Bahkan parti yang dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO itu rata - rata hanya sekadar mahu membalas dendam terhadap Perdana Menteri dan bukannya mahu berjuang untuk rakyat.

Malah dakwaan dan segala tuduhan yang dilemparkan selama ini hanya berdasarkan kepada andaian semata - mata. Tidak ada bukti kukuh pun pernah ditampilkan secara terbuka.

Dan apa yang lebih memalukan ialah apabila ada kepimpinan parti itu yang membuat tuduhan dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin mereka sendiri secara terang - terangan.

Malangnya, tuduhan dan dakwaan itu tidak juga disokong dengan bukti yang sah sampai tahap apabila didesak agar dibuat laporan pun sehingga ke hari ini tiada yang berani tampil ke hadapan.

Yang paling terkini ialah mengenai pembubaran Bahagian parti itu dibeberapa kawasan yang secara tidak lansung menyaksikan kepincangan didalam parti itu semakin bertambah kronik.

Itu belum termasuk isu mengenai kewujudan sayap parti yang tidak ada didalam perlembagaan dan kisah mengenai Ketua Armadanya yang kuat menabur fitnah merata - rata.

Jadi, untuk apa lagi parti itu terus dikekalkan sedangkan banyak isu yang tidak dapat diselesaikan? Kenapa rakyat perlu menghabiskan masa dengan parti yang dicipta hanya untuk merosakkan Negara?

Kalau parti itu kata mereka mahu memperjuangkan kebajikan orang Melayu, mereka boleh masuk PAN kerana parti itu juga mendakwa mereka mahu menjaga kepentingan orang Melayu.

ATAU, kepimpinan parti itu boleh sahaja menyertai DAPigs yang sebelum ini pernah didakwa 'Anti Melayu' oleh Tun Mahathir tetapi kemudian mengubah pendirian selepas menyertai Pakatan.

Maka secara kesimpulannya, kewujudan PPBM itu jelas tidak memberi sebarang kesan siginifikan kepada Politik di Malaysia kerana kepimpinan parti itu tidak mempunyai sebarang hala tuju dan hanya ditubuhkan atas dasar syok sendiri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping