Jumaat, November 17, 2017

Dah khabar dah hari tu. Tapi korang semua tak nak dengar. Sekarang baru korang nak akui yang Si Budak Hingusan tu tak reti buat kerja? Nak tangani isu sayap parti pun dia GAGAL selesaikan.

Disebabkan kegagalan itu membuatkan PPBM bersetuju untuk memansuhkan sayap Armada kerana tidak termaktub didalam perlembagaan parti seperti yang didedahkan sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PPBM yang mendakwa untuk masa sekarang, pihaknya akan menggunakan nama Pemuda Bersatu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan parti.
"Selaras dengan kehendak perlembagaan parti, Bersatu telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas pada 2 November 2016 untuk meluluskan pindaan perlembagaan parti yang antara lain menggantikan nama sayap atau ringkasannya Armada.
"Oleh kerana pindaan perlembagaan parti masih dalam pertimbangan pihak RoS, kami akur nama Pemuda Bersatu yang hendaklah diguna pakai buat masa ini," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Pada 20 Oktober lalu, bekas Exco Armada mendakwa semakan di RoS mengesahkan bahawa Armada langsung tidak wujud dalam perlembagaan PPBM kerana hanya menyatakan penubuhan sayap Pemuda, Wanita dan Srikandi.

Pendedahan itu memberikan impak kepada PPBM di mana pemimpin Armada Lanchang, juga turut menggesa agar RoS membatalkan pendaftaran parti atas dakwaan menipu mereka untuk mempercayai sayap itu entiti yang sah.

Dalam masa sama, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut diminta meletak jawatan ekoran kegagalannya menangani isu status pendaftaran Armada sebagai sayap parti itu.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping