Ahad, November 12, 2017

DAPigs terus mengitar dakwaan bahawa ia parti yang dianiayai pihak pemerintah selepas diminta membuat pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) buat kali ketiga pada hari ini.

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 7 Julai lalu memberi notis kepada parti itu mengadakan pemilihan semula ekoran pelantikan ahli CEC dan pemegang utama jawatan DAPigs pada 29 September 2013 dianggap tidak sah di sisi undang-undang.

Setiausaha Agung DAPigs, Lim Guan Eng mendakwa hanya partinya sahaja yang dipaksa berbuat demikian sambil menyifatkan permintaan RoS itu sebagai pelik dan tidak masuk akal.
"Ia seperti menonton permainan bolasepak di dalam sebuah stadium tanpa penonton. Tidak ada parti-parti politik lain di Malaysia yang dipaksa mengadakan pemilihan CEC selama tiga kali iaitu pada 2012, 2013 dan 2017 dengan menggunakan senarai wakil yang sama.
"Ia seolah-olah kita berada dalam satu fiskyen sains di mana jam telah diputar ke belakang," katanya ketika berucap di Kongres Khas DAP 2017 untuk pemilihan semula CEC yang diadakan di IDCC Shah Alam, hari ini.
Untuk rekod berlaku kesilapan dalam cetakan 'spreadsheet' dalam pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 yang menyebabkan parti itu diancam untuk tidak dibenarkan menggunakan simbol roket dalam PRU ke-13.

RoS kemudiannya mengarahkan agar DAPigs mengadakan semula pemilihan CEC, dan parti itu akur dengan gesaan itu dengan mengadakan proses itu sekali lagi pada 29 September 2013.

Selepas empat tahun, RoS sekali lagi meminta DAPigs mengadakan pemilihan CEC atas alasan keputusan pemilihan ahli dan pemegang utama jawatan pada 29 September 2013 itu tidak sah.
"Sehingga hari ini, RoS tidak pernah memberitahu kita sama ada kita telah melakukan kesalahan. Kita tidak pernah dimaklumkan sama ada apa yang kita lakukan adalah betul atau salah apabila kita mengikut arahan RoS bagi pemilihan 2013.
"DAP telah dijadikan mangsa oleh ROS yang mempunyai motif politik. Kita telah dihukum kerana kita bersikap jujur dan ikhlas. Saya harap jangan ada sesiapa yang sengaja mahu menguji kesabaran kita. Saya juga berharap saingan-saingan politik kita supaya bersikap adil dan profesional," ujarnya.
Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam pada itu berharap pemilihan yang berlangsung pada hari ini akan menamatkan konflik parti itu lebih-lebih lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. LGE....tahun depan kau kena buat pemilihan lagi sebelum PRU14 sebab parti kau adalah Haramjadah!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping