Khamis, November 09, 2017

Heh! Nampak gayanya, Si Mak Lampir ni yang mengidap penyakit mental. Tapi mana mungkin dia nak mengakuinya secara terbuka. Nanti hilang pulak peluang dia nak bertanding.

Dengar katanya Si Mak Lampir tu sekarang ni sedang berada dalam keadaan kesihatan yang cukup tidak setabil memandangkan nama dia berkemungkinan besar akan dibuang dari Ampang.

Desas desus mengenai perkara itu tersebar luas dimana ada laporan mengatakan bahawa kepimpinan PKR di Ampang sendiri sudah tidak mahukan Si Mak Lampir tu sebagai Ahli Parlimen.

Maka tidak hairan la jika Si Mak Lampir tu meroyan tak tentu arah sewaktu sesi perbahasan di Parlimen dengan mengajukan soalan berhubung kesihatan mental tetapi menjadikannya sebagai bahan Politik.

Malah tindakan Si Mak Lampir itu turut ditegur oleh Menteri Kesihatan, S Subramaniam yang meminta supaya isu kesihatan tidak dijadikan sebagai polemik Politik sempit puak Pakatan.

Sebelum mengajukan soalan itu, Si Mak Lampir tu mendakwa faktor tekanan perasaan dan kemurungan boleh menyebabkan pihak lawan kerap mengeluarkan kenyataan yang agak ganas.
"Masalah mental boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan. Bahkan kajian menunjukkan lebih kurang 40 peratus rakyat Malaysia bakal berdepan dengan masalah mental pada masa akan datang.
"Faktor kemurungan dan kesedihan menyebabkan seseorang itu mengeluarkan ucapan ganas seperti pihak lawan, jadi soalan saya, berapakah peruntukan yang disediakan kementerian untuk menangani masalah ini?" soalnya.
Sedangkan pada hakikatnya, yang banyak mengalami masalah kesihatan mental ni adalah dari kalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri sebab hari - hari kena kencing dengan pemimpin mereka.

Dan yang paling ketara adalah apabila puak Pakatan Haprak tu menerima kehadiran Tun Mahathir serta diangkat menjadi Pengerusi kepada gabungan puak pembangkang itu sebelum ini.

Nak pulak dikalangan puak PKR yang dulunya paling kuat menentang Tun Mahathir serta mendakwa bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin Diktator. Tapi sekarang, diorang pulak yang mengagungkan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Suci!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping