Sabtu, November 04, 2017

Heh! Ini bukannya perkara baru. Tapi benda ini dah lama menjadi hasrat bagi sesetengah pihak yang sehingga ke hari ini mahu bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke dalam penjara.

Malah bukan hanya kerana isu menggelarkan bangsa Bugis itu sebagai lanun sahaja yang menjadi alasan untuk memasukkan Tun Mahathir ke dalam penjara seperti mana yang dinyatakan.

Menurut kata Tun Mahathir, kelantangan dia mengkritik kepimpinan Perdana Menteri hari ini telah menyebabkan pelbagai pihak yang mahu melihat dirinya dimasukkan ke penjara.
“Kalau polis buat siasatan, saya mungkin kena pakai kuning itu, puas hatilah ramai orang. Dewan yang buat keputusan ini mungkin berminat untuk lihat gambar saya pakai baju lokap,” katanya dipetik menerusi rakaman tersebut.
Kenyataan itu dibuat, susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikeluarkan oleh Dewan Diraja Selangor yang murka terhadap tindakan Tun Mahathir yang menghina bangsa Bugis.

Namun bekas Perdana Menteri itu lupa bahawa ramai lagi pihak lain yang masih mahu melihat dia dipenjarakan diatas kesalahan yang telah dilakukan selama memegang jawatan sebelum ini.

Bahkan, dikalangan rakan sekutu PPBM dalam Pakatan Haprak tu pun masih lagi mengharapkan agar bekas Perdana Menteri itu dihukum diatas kesalahan yang telah dilakukannya.

Sehingga ke hari ini, kepimpinan tertinggi PKR masih belum membuat pengampunan terbuka terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Si Ketua Penipu tu.

Bagi mereka, Tun Mahathir masih dianggap sebagai seorang pemimpin Diktator yang bertindak Zalim dan Kejam dengan memecat Si Ketua Penipu dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malah DAPigs juga masih tidak mengakui bahawa parti itu sedia memaafkan Tun Mahathir diatas tindakan yang telah dilakukan terhadap pemimpin parti itu selama 22 tahun dia memerintah.

Dalam erti kata lainnya, rakan sekutu Tun Mahathir dalam Pakatan hari ini juga masih menyimpan hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri itu dipenjara diatas kesalahan yang dilakukan. Itu satu hakikat yang Tun Mahathir sendiri pun tidak dapat menafikannya!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Kalau nak bandingkan salah laku dan penyelewengan, Tun sepatutnya dah lama masuk penjara kerana kalau hitung semua kesnya memang berat , tetapi Tun pula menjadi ketua kerajaan sekarang, membuktikan semua penyangak bersatu untuk jadikan bapa penyangak, tak lama lagi confirm bangkrap le negara bermula dengan penipuan hutang negara sampai 1 trillion. masuk je dah tipu dan nak sondol.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping