Selasa, November 14, 2017

Amboi! Senang betul alasan Si Nurul Izzah ni nak desak Kerajaan suruh bebaskan Si Ketua Penipu tu ya. Dia ingat, undang - undang di Malaysia ni bapak dia yang buat ke? Suka - suka hati dia je.

Sebelum ini Si Nurul Izzah tu mendakwa tahap kesihatan Si Ketua Penipu itu perlu dijadikan sebagai peluang untuk mendesak Kerajaan membebaskan Si Ketua Penipu itu dari penjara.

Kata Si Nurul Izzah, kesihatan bapanya tidak akan bertambah baik, jika Si Ketua Penipu itu yang baru selesai pembedahan bahu kanannya sebelum ini, menjalani proses pemulihan dalam penjara.
“Dalam keadaan sebegini, tolonglah kita ambil peluang desak beliau dibebaskan secepat mungkin.
“Tiada cara untuk beliau bertahan di penjara dengan kesakitan seperti itu,” katanya ketika berucap dalam majlis solat hajat dan tahlil sempena kejayaan pembedahan Anwar di kediaman rasmi menteri besar Selangor, malam ini.
Wah! Banyak cantik! Dah buat pendedahan pun masih lagi Si Nurul Izzah tu tak nak rasa bersyukur dan mahu menjadikannya sebagai alasan untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu?

Mana dia belajar undang - undang seperti itu? Kalau sebegitu mudah untuk pihak Kerajaan membebaskan seseorang penjenayah dari penjara, maka ramai la yang perlu diberi peluang yang sama.

Takkan hanya semata - mata kerana pembedahan bahu kanan Si Ketua Penipu tu melayakkan dia untuk dibebaskan dari kesalahan dan dibebaskan dari penjara begitu sahaja?

ATAU, adakah hanya kerana nama dia Anwar Ibrahim, maka dia perlu diberikan keistimewaan sedemikian rupa? Banduan lain macam mana? Kenapa Nurul Izzah tidak memperjuangkan hak mereka?

Dah diberi peluang untuk buat pembedahan tu pun dah cukup bagus. Secara tidak lansung itu membuktikan bahawa pihak Kerajaan Malaysia ni tidak se-Zalim seperti mana yang didakwa oleh keluarga Si Nurul Izzah tu sebelum ini!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Ya. Baik jugak.. bebaskan yg lain semua tu..
    Anak2 diaorg pun rindu sgt kat keluarga diaorg kat dlm..

    BalasPadam
  2. Majlis solat hajat selepas pembedahan? umpama solat hajat selepas exam...

    BalasPadam
  3. Org dah belayar kat dalam elok dah. Jgn dikacau lagi. Sampai time nanti mendaratlah dia.
    Kalau sempatlah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping