Khamis, November 02, 2017

Heh! Dah takde modal nak dijadikan bahan jajaan Politik sangat gamaknya puak Pakatan Haprak ni sampai isu berkaitan dengan pasaraya Giant tutup pun diorang nak Politikkan juga.

Dalam sebaran info yang dibuat sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya 5 pasaraya itu tutup mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi Negara pada ketika ini.

Antara lain, puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya penutupan itu adalah disebabkan rakyat kurang berbelanja akibat kenaikkan kos sara hidup yang terlalu tinggi pada ketika ini.

Padahal, rangkaian pasaraya Giant tu tutup kerana mereka mahu mengurangkan kos sewaan bulanan serta mencari premis yang lebih kecil berbanding yang sedia ada pada ketika ini.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri KPDNKK yang menjelaskan bahawa penutupan itu berikutan masalah sewaan premis selain sebahagian daripada strategi perniagaan mereka untuk mengecilkan saiz cawangan terbabit.
"Mereka perlu mengecilkan saiz cawangan tersebut dan mencari premis lain yang lebih kecil daripada apa yang ada ketika ini.
"Mereka masih dalam perbincangan (mengenai perkara itu) dan ini tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara," katanya selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini semalam.
Apa yang jelas, tindakan puak Pakatan Haprak tu hanya cuba memberikan gambaran seolah - olah keadaan ekonomi Negara pada ketika ini berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Namun IRONIKnya, bila ada pihak yang nak buka kilang di Malaysia bagi meningkatkan ekonomi Negara, sibuk pulak puak Pakatan Haprak tu membuat bantahan secara terang - terangan.

Malah puak Pakatan Haprak tu juga yang memberikan gambaran dan membuat dakwaan kononnya Kerajaan cuba menjual kedaulatan Negara melalui pelaburan asing yang dibuat. Adakah itu caranya untuk menambah pendapatan ekonomi Negara???
Categories:

1 ulasan:

  1. pembangkang di malaysia bertaraf jamban...semua benda nak dipolitik....para penyokong mereka bertaraf??

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping