Sabtu, November 04, 2017

Hahaha!!! Kelakar juga cara Si Ambiga ni menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat sejak beberapa hari lepas. Mungkin ubat pelali dia masa sakit mulut hari tu belum habis lagi.

Maka sebab itu dia mula bercakap tak tentu arah dan mendakwa kononnya pendedahan pengasas mazhab Sarawak Report yang dianuti Pakatan Haprak tu sebagai serangan peribadi.

Namun malangnya, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ambiga, dia tidak menafikan mahupun mengakui sama ada dia merupakan sumber kepada Si Rewcastle itu berhubung isu 1MDB.

Sebaliknya, Si Ambiga tu membuat dakwaan kononnya penglibatan dia dalam prosiding mahkamah yang sedang dihadapi oleh Rewcastle itu sebagai satu perkara yang sungguh ajaib.

Bekas Pengerusi Bershit itu tampil membidas pihak yang menyelarnya berikutan namanya disebut dalam prosiding mahkamah, susulan kenyataan balas yang dibuat oleh Rewcastle-Brown.

Ambiga berkata, di dalam kenyataan balas tersebut, namanya hanya disebut pada dua perenggan, namun diberi tumpuan begitu meluas di Malaysia dan disifatkan sebagai sangat luar biasa.
"Mengikut Mahkamah UK, mana-mana permintaan (tuntutan) dokumenn atau maklumat perlu dibuat. Tindak balas terhadap tuduhan serius terkandung di dalam pembelaan dan tuntutan balas perlu dikemukakan. Lagipun, perbicaraan di UK dan bukan di Malaysia.
"Adalah sangat janggal, mereka mahu jalankan perbicaraan mini atau pendakwaan di Malaysia berdasarkan dua perenggan pembelaan menyebut nama saya,” katanya.
Yang herannya, kenapa pulak Si Ambiga tu nak berasa pelik dengan desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak pada ketika ini sehingga dia meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal?

Bukan ke perkara itu satu benda yang tidak asing dan sering diamalkan oleh puak Pakatan Haprak kesayangan Si Ambiga tu selama hari ini? Takkan baru hari ini dia anggap ianya luar biasa?

Kot masa DOJ buat dakwaan terhadap 1MDB sebelum ini, bukan ke puak Pakatan Haprak tu juga yang sibuk mendesak agar YAB Perdana Menteri memberikan penjelasan secara terbuka?

Jadi, apa bezanya dengan kali ini? Rakyat hanya sekadar mahu menuntut penjelasan, sama ada betul atau tidak Si Ambiga tu terlibat mendedahkan isu 1MDB itu kepada Rewcastle. Itu sahaja. Bukannya suruh dia meroyan macam orang gila dalam longkang!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping