Sabtu, November 04, 2017

Kepemimpinan PPBM didakwa sengaja menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan parti supaya dapat mengekalkan kroni dalam jawatan tertinggi parti sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.

Bekas Exco Armada, Mohamad Taufik Abas, berkata mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, parti itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan selewat-lewatnya 9 September lepas.
“Penangguhan ini seolah-olah membuli ahli akar umbi supaya tidak dapat memilih sendiri calon yang mereka rasa layak mengisi jawatan dalam parti.
“Justeru, saya selaku ahli parti yang sah mendesak pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan secepat mungkin bagi membela nasib ahli parti yang ditindas kepemimpinan autokratik sebegini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Malah Mohamad Taufik juga turut mendesak agar RoS bertindak dengan lebih cepat dan tegas kerana sudah terlalu banyak aduan rasmi dibuat berhubung isu status sayap pemuda parti itu.

Namun katanya, sehingga hari ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang makluman berkaitan dengan tindakan yang bakal diambil dan dilaksanakan oleh pihak RoS berhubung isu itu.
“Timbul khabar angin mengatakan ada beberapa pihak sudah berunding di belakang tabir untuk menutup kes ini. 
“Jika ini benar, saya melihat RoS sebagai tidak serius dan takut mengambil tindakan terhadap PPBM dan pemimpin-pemimpin parti yang terbabit dalam penipuan dan penindasan kepada ahli partinya sendiri,” katanya.
Pada 19 Oktober lalu, Mohamad Taufik bersama dua bekas EXCO Armada, Muhammad Syazwan Ahmad Zainal dan Wahazir Wahabi membuat aduan rasmi berkenaan penipuan dan penggunaan nama Armada yang tidak sah mengikut perlembagaan rasmi parti.
Categories:

1 ulasan:

  1. kalu dah tahu dok tunggu gapo lagi,tak reti2 nak cari platfom lain.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping