Jumaat, Oktober 07, 2011


Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan. RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

RM29.8 bilion disediakan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian, pertanian & pembangunan luar bandar.

RM13.6 bilion disediakan untuk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. 

Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kpd RM186.9 bilion. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% drpd KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

Tema Bajet 2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

Kerajaan akan liberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa, membolehkan pegangan ekuiti asing 100% dlm sektor terpilih.

Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 billion untuk tahun 2012 & 2013.

Projek utama RP2 termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau.

RM18bln daripada RM20bln Dana Mudahcara Perkongsian Awam-Swasta akan diguna utk projek impak tinggi, RM2bln untuk usahawan Bumiputra.

Pusat Pengurusan Perbendaharaan akan ditubuhkan & menawarkan insentif untuk bangunkan Malaysia sebagai pusat kewangan berdaya saing. 

Kerajaan akan bangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), timbang beri pakej insentif termasuk pengecualian cukai.

FELDA GVH akan disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dalam usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global.

Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.

Dana Pembiayaan PKS patuh-Shariah berjumlah RM2bln akan ditubuhkan pada 2012 dan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih.

Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.

Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan & urusniaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi 3 tahun hingga 2014.

Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi Pengkomersilan berjumlah RM500juta akan ditubuhkan.

Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln untuk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif. 

Sebuah tabung khas RM1billion akan melihat kepada keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah2.

Buat pertama kalinya, Kerajaan akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 Kerajaan.

Sekolah swasta yg berdaftar dengan Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan

Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar.

RM5billion adalah untuk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8bil untuk Jalan Luar Bandar & Jalan Perhubungan Desa.

Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”

Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.

Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan perlu berdaftar dengan LHDN.

Kakitangan Kerajaan akan dapat tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan. 

Warga emas dan golongan kurang upaya juga akan turut mendapat bahagian masing - masing.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping